Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Liga Wanita Kebangsaan: Sabah azam rampas kembali gelaran
Published on: Monday, July 14, 2025
Published on: Mon, Jul 14, 2025
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Liga Wanita Kebangsaan: Sabah azam rampas kembali gelaran
Win dan Sebin
Kota Kinabalu: Pasukan bola sepak wanita Sabah berharap untuk merampas kembali kejuaraan Liga Wanita Kebangsaan musim ini.

Mereka gagal mempertahankan kejuaraan musim lalu selepas hanya mengumpul 31 mata daripada 10 kemenangan, satu seri dan tiga kekalahan untuk menamatkan tujuh mata di belakang juara keseluruhan Kelana United, yang berjaya mencatatkan 12 kemenangan, satu seri dan satu kekalahan.

Advertisement
Pengurus pasukan Muhd Arziz Afizy Rumsani berkata pasukan itu sudah bersedia dan mereka juga telah mengambil dua pemain import asing untuk cabaran kali ini.

“Kami telah membuat persiapan rapi menjelang musim baharu termasuk menambah dua pemain asing berkualiti iaitu Win Theingi Tun dari Myanmar dan Sebin An dari Korea Selatan. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kami percaya kehadiran mereka bukan sahaja akan menguatkan pasukan, malah memberi peluang kepada pemain tempatan untuk belajar daripada mereka,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa) Datuk Ir Shahelmey Yahya berharap kedua-dua pemain yang mempunyai pengalaman luas di peringkat antarabangsa itu akan membantu menaikkan pasukan dan menjadikan mereka lebih kuat musim ini untuk mencabar kejuaraan.

Advertisement
Sabah akan menentang Kelana United pada 19 Julai dalam aksi pembukaan musim di Stadium Kuala Lumpur.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here