Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Kuskop perluas Program Halal Success
Published on: Monday, July 14, 2025
Published on: Mon, Jul 14, 2025
By: Mardinah Jikur
Text Size:
Text:
Kuskop perluas Program Halal Success
Menterinya Datuk Ewon Benedic berkata, pensijilan halal Malaysia diiktiraf bukan sahaja di negara ini malah antarabangsa. - FOTO FMT.
SANDAKAN: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) memperluas Program Halal Success Kuskop di seluruh negara bagi memberi maklumat kepada usahawan kecil dan sederhana (PKS) untuk mendapatkan sijil halal bagi produk masing-masing.

Menterinya Datuk Ewon Benedic berkata, pensijilan halal Malaysia diiktiraf bukan sahaja di negara ini malah antarabangsa.

Advertisement
“Dengan pensijilan halal ini, tidak hanya peringkat domestik, produk halal tempatan juga mendapat tempat di peringkat antarabangsa,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Halal Success Kuskop di Kolej Komuniti Sandakan pada Ahad.

Program itu, anjuran Sekretariat Pembangunan Halal Kuskop, Bahagian Pembangunan Francais dan Vendor serta Perbadanan Nasional Berhad (Pernas), diadakan sebagai inisiatif bagi memperkasa usahawan tempatan dalam sektor halal yang bernilai tinggi selain meningkatkan daya saing, keupayaan dan akses pasaran usahawan halal ke peringkat lebih tinggi termasuk pensijilan, pematuhan standard dan pasaran antarabangsa.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Terdahulu, berucap pada majlis itu, Ewon berkata, Malaysia masih kekal sebagai peneraju dalam ekosistem halal global namun perlu kekal kompetitif dan inovatif.

“Halal bukan sekadar pensijilan, tetapi merangkumi nilai kualiti, kebersihan, ketelusan dan integriti.

Advertisement
“Industri halal kini turut menjadi satu ekonomi global dengan nilai pasaran melebihi USD 3 trilion,” katanya.

Justeru, pihaknya berharap usahawan PKS mengambil peluang yang ada dengan mendaftar pensijilan halal dan terus berdaya saing di peringkat global di mana Kuskop melalui agensinya sentiasa bersedia membantu hal berkenaan.

Advertisement
Pensijilan halal dikeluarkan oleh pihak jabatan agama dan Kuskop serta kementerian lain berkenaan juga sedia membantu dalam memberi maklumat berkaitan yang diperlukan usahawan, katanya.

Beliau berkata Kuskop juga komited untuk menjadi peneraju dalam memperluas penyertaan PKS dan koperasi dalam industri halal melalui kerjasama agensi seperti Pernas, SME Corp, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Tekun Nasional, IKMa, Amanah Ikhtiar, dan Institut Keusahawanan Negara (INSKEN). 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here