Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Kementerian Pelajaran Malaysia diharap terus kerjasama Kempen Internet Selamat
Published on: Tuesday, July 15, 2025
Published on: Tue, Jul 15, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
Kementerian Pelajaran Malaysia diharap terus kerjasama Kempen Internet Selamat
KENINGAU: Kementerian Komunikasi berharap Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan terus memberi kerjasama dalam Kempen Internet Selamat supaya program ini dapat diadakan  di sekolah dalam usaha meningkatkan literasi digital dalam kalangan pelajar.

Timbalan Menteri berkenaan Teo Nie Ching berkata ia penting kerana melalui kempen itu pelajar sekolah rendah dan menengah dapat didedahkan serta dididik mengenai keselamatan Internet, yang semakin meluas penggunaannya pada masa kini.

Advertisement
Beliau berkata kandungan dalam kempen itu dibuat mengikut kesesuaian umur murid tahap satu (Tahun Satu hingga Tahun Tiga), tahap dua (Tahun Empat hingga Tahun Enam), dan sekolah menengah.

“Kita minta kerjasama daripada KPM supaya kita diizinkan untuk masuk ke sekolah supaya kita boleh libatkan pihak sekolah mendidik pelajar tentang bagaimana menjaga keselamatan Internet mereka.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Untuk sekolah rendah aktiviti interaksi akan dijalankan supaya mereka faham, mereka mungkin tidak perlu pendedahan yang banyak tentang judi, penipuan dalam talian, sebaliknya buli siber antara isu yang mungkin dihadapi oleh mereka,” katanya kepada pemberita selepas program Kempen Internet Selamat di Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh di sini, Isnin.

Teo berkata program berkenaan yang dilancarkan pada 21 Januari lepas memfokuskan empat perkara, iaitu buli siber, penipuan dan judi dalam talian, eksploitasi seksual kanak-kanak, dan perlindungan data serta literasi digital itu menyasarkan liputan lebih 10,000 institusi pendidikan menjelang akhir tahun ini.

Advertisement
Menerusi kempen berkenaan pelajar sekolah juga diberikan maklumat tentang eksploitasi seksual kanak-kanak yang dilihat sebagai antara masalah yang akan dihadapi oleh pelajar.

Sebanyak 344 sekolah di seluruh Malaysia disasarkan terlibat dalam pelaksanaannya dari Mei hingga Ogos ini, termasuk 64 sekolah di Sabah.

Advertisement
“Setakat 1 Julai lepas, sebanyak 221 sekolah telah melaksanakan program berkenaan, melibatkan 31,246 peserta yang terdiri daripada murid, guru dan ibu bapa,” katanya selain pihak sekolah, program itu turut mendapat kerjasama pertubuhan bukan kerajaan dalam usaha membangun kokurikulum yang menarik.

Terdahulu, dalam perkongsian dalam laman Facebook menyatakan beliau menghadiri Program Sentuhan Komuniti Mukim Luagan anjuran Pertubuhan Pelangi Harapan Sabah dengan kerjasama pelbagai agensi, termasuk Pejabat Kesihatan Daerah Keningau, Pertubuhan Keselamatan Sosial, Agensi Antidadah Kebangsaan dan Pejabat Penerangan Daerah.

“Kesedaran tentang kesihatan sangat penting, lebih-lebih lagi menjelang status negara menua pada tahun 2030 dan inisiatif turun padang, mendekati rakyat adalah antara cara terbaik untuk memastikan tiada yang tercicir,” katanya.

Pengerusi Pertubuhan Pelangi Harapan Grelydia Gillod berkata usaha itu adalah untuk membantu kerajaan menyebarkan maklumat kepada komuniti setempat tentang apa yang Kerajaan Madani lakukan untuk rakyat.

Beliau berharap lebih banyak agensi kerajaan akan turut serta pada program akan datang sekali gus berkongsi maklumat mengenai peranan masing-masing dalam memberi khidmat kepada rakyat.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here