Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
40%: Keputusan mungkin 12 September
Published on: Tuesday, July 15, 2025
Published on: Tue, Jul 15, 2025
By: Nora Ahmad
Text Size:
Text:
40%: Keputusan mungkin 12 September
SEKITAR mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63.
Kota Kinabalu: Penyelesaian tuntutan 40 peratus hasil Sabah yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dijangka akan dimuktamadkan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang dijadualkan berlangsung pada September ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, dalam mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 yang dipengerusinya itu pada Isnin, ia hanya melibatkan berkaitan Sabah dan memberi tumpuan terhadap tuntutan perlembagaan berkaitan hasil negeri.

Advertisement
“Mesyuarat hari ini merupakan lanjutan kepada mesyuarat Majlis Tindakan MA63 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sebelum ini dan beliau mengarahkan supaya satu mesyuarat teknikal khas yang melibatkan tuntutan negeri Sabah, khususnya Artikel 112C iaitu 40 peratus dan berkaitan dengan Artikel 112D Perlembagaan.

“Kita telah mendengar pembentangan serta cadangan penyelesaian daripada kerajaan negeri Sabah dan juga cadangan tersebut turut menerima maklum balas daripada Kementerian Kewangan dan Jabatan Peguam Negara di peringkat Persekutuan,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat itu di Menara Kinabalu di sini, pada Isnin.

Jelasnya, semua cadangan dan respons yang dibincangkan dalam mesyuarat teknikal itu akan dibawa ke mesyuarat Majlis Tindakan MA63 nanti.

Advertisement
Menurutnya, walaupun terdapat beberapa kekangan dari sudut perundangan memandangkan isu tersebut turut dibawa ke mahkamah oleh Majlis Peguam negeri Sabah, namun kerajaan masih komited untuk mencari penyelesaian di luar bidang kuasa kehakiman.

“Kita akan kemukakan cadangan-cadangan ini dan juga cadangan penyelesaian yang sudah dikemukakan oleh kerajaan negeri Sabah kepada Perdana Menteri sebab mesyuarat majlis nanti akan diadakan dalam September dan di situ nanti kita akan putuskan apa penyelesaiannya, sama ada interim atau sebagainya.

Advertisement
“Sebab kita juga mengambil kira ada kes yang sedang berjalan sekarang ini yang dibawa oleh Majlis Peguam Negeri Sabah. 

“Sebab itu kita dari segi perundangan ada perkara yang mengekang untuk kita membuat penyelesaian tanpa keputusan daripada mahkamah, tapi apa yang kita mahu cari adalah penyelesaian di luar bidang kuasa mahkamah,” katanya.

Diminta mengulas mengenai sama ada keputusan muktamad akan dicapai sebelum Hari Malaysia, beliau menjelaskan keputusan hanya akan dibuat dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri nanti.

“Tiada tarikh khusus diumumkan sebelum ini, tapi mesyuarat ditetapkan pada 12 September dan akan diadakan di Kuala Lumpur,” katanya.

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick.

Sementara itu, Jeffrey berkata mesyuarat khas tersebut berjalan dengan baik dan produktif, dan Kerajaan Negeri telah mengemukakan cadangan berkaitan tuntutan hasil 40 peratus yang akan diperhalusi oleh MTPMA63.

Menurutnya, Sabah mencadangkan agar 40 peratus hasil daripada perkara yang tidak dipertikaikan dapat dilaksanakan terlebih dahulu.

“Kita mencadangkan agar 40 peratus ini dilaksanakan bagi hasil-hasil yang tidak dipertikaikan, seperti cukai yang dikutip dari negeri ini sebagai langkah sementara,” katanya.

Tambah beliau, cadangan itu tidak seharusnya menjejaskan keputusan akhir berkaitan tuntutan 40 peratus pulangan hasil cukai Kerajaan Persekutuan kepada Sabah, seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.

Difahamkan Jawatankuasa Teknikal berhati-hati dalam mengemukakan penyelesaian, memandangkan prosiding kes SLS di Mahkamah Tinggi terhadap Kerajaan Persekutuan berkaitan hak Sabah terhadap hasil 40 peratus.

E-semakan bagi kes mahkamah SLS itu dijadual didengar di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 7 Ogos.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here