Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Sabah FC dalam fasa pembentukan: Dibelasah juara Thailand, 8-2
Published on: Tuesday, July 15, 2025
Published on: Tue, Jul 15, 2025
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Sabah FC dalam fasa pembentukan: Dibelasah juara Thailand, 8-2
DARREN Lok beraksi menentang Buriram United pada Ahad.
Kota Kinabalu: Kekalahan 8-2 kepada kelab utama Thailand Buriram United dalam perlawanan Asean Charity Shield di Stadium Rainbow, Pattani pada petang Ahad merupakan satu sesi yang baik untuk Sabah FC, kata penolong jurulatih Alto Linus.

Beliau berkata keputusan itu mungkin bukan seperti yang diharapkan, namun ia menjadi satu pengajaran berguna kepada pemain dalam persiapan menghadapi musim baharu.

Advertisement
Katanya lagi, Sabah FC masih dalam fasa pembentukan pasukan menjelang sepak mula Liga Malaysia (Liga-M) 2025-2026 yang dijadualkan pada Ogos.

“Keputusan itu sememangnya tidak seperti yang kami jangkakan. Bagaimanapun, perlawanan ini menjadi satu medan pembelajaran penting buat pasukan kerana kami baru memulakan latihan pramusim kurang daripada sebulan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Ia membolehkan kami menilai prestasi pasukan secara keseluruhan menentang salah satu kelab terbaik di Asia Tenggara dan secara tidak langsung mendedahkan beberapa kelemahan yang perlu segera diperbaiki, khususnya di bahagian pertahanan dan transisi permainan,” katanya.

Beliau mengakui tahap kecergasan pemain masih belum berada di tahap optimum memandangkan hanya satu perlawanan pramusim menentang Kasuka FC telah diharungi sebelum bertemu juara Thailand itu.

Advertisement
“Saya percaya kami perlukan sekurang-kurangnya tiga hingga empat lagi perlawanan persahabatan sebelum benar-benar bersedia untuk saingan Liga Super.”

Mengenai prestasi individu, beliau memuji beberapa pemain muda yang dimasukkan ke dalam pasukan itu dari skuad bawah 23 tahun.

Advertisement
“Pemain-pemain ini telah menunjukkan kematangan dan komitmen apabila diberi peluang beraksi bersama pemain senior.

“Bagi tiga pemain import baharu (Dean Pelekanos, Dane Ingham dan Ajdin Mujagic) yang baru menyertai pasukan musim ini, saya berpuas hati dengan prestasi mereka, tetapi tahap kecergasan mereka masih perlu dipertingkatkan,” tambahnya.

Katanya, ketua pasukan Dominic Tan dan Gabriel Peres yang tidak diturunkan dalam kesebelasan utama pada Ahad dijangka pulih sepenuhnya daripada kecederaan dalam tempoh seminggu.

Sementara itu, pasukan dijadualkan bermain sekurang-kurangnya tiga lagi perlawanan pemanas badan sebelum aksi pembuka tirai menentang Melaka FC di Stadium Likas pada 30 Ogos.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here