Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Bahasa lapor polis kenyataan berbaur fitnah
Published on: Tuesday, July 15, 2025
Published on: Tue, Jul 15, 2025
By: []
Text Size:
Text:
Bahasa lapor polis kenyataan berbaur fitnah
JASNI bersama beberapa AJK Bahasa selepas membuat laporan itu.
Kota Kinabalu: Presiden Badan Bahasa dan Sastera Sabah (Bahasa) Datuk Jasni Matlani membuat laporan polis pada Isnin, menafikan kenyataan seorang pemimpin persatuan penulis di Sabah, yang disifatkannya berbaur fitnah.

Jasni meminta individu itu menghantar surat permohonan maaf kepada beliau dalam tempoh seminggu, selain kepada Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Ketua Pengarah DBP dan Menteri Pendidikan Malaysia, Fazlina Sidek.

Advertisement
“Saya memberi peluang kepada beliau untuk memohon maaf, kerana segala kenyataan beliau (pemimpin persatuan berkenaan) yang tersebar luas dalam bentuk surat itu sesungguhnya tidak tepat, berbaur fitnah, bersifat menghasut dan memalukan. 

“Oleh itu beliau mesti berhenti membuat sebarang kenyataan seumpamanya di mana-mana media untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan,” kata Jasni selepas membuat laporan polis itu di Balai Polis Tanjung Aru, di sini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Jasni, yang juga Presiden Komunitas Puisi Esei Asean, berkata beliau merasa malu dan terbeban secara mental dengan kenyataan fitnah yang sungguh tidak berasas itu.

Beliau turut menegaskan akan mengambil tindakan undang-undang jika individu itu tidak menarik balik kenyataannya dan menghantar surat tersebut dalam tempoh diberikan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here