Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Buaya 20kg, anak buaya ditangkap
Published on: Tuesday, July 15, 2025
Published on: Tue, Jul 15, 2025
By: Ahmad Apong, Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Buaya 20kg, anak buaya ditangkap
OPERASI di Beaufort (kiri) dan Sandakan.
BEAUFORT: Seekor buaya seberat 20 kilogram dan sepanjang 1.5 meter yang berkeliaran di kawasan perumahan di Kampung Lajau, ditangkap anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) pada Ahad.

Pegawai Pertahanan Awam, Kapten Ishak Jabas, mengesahkan kejadian itu pada Isnin, mengatakan mereka menerima panggilan kecemasan selepas tengah malam dan segera mengerahkan beberapa anggota ke lokasi. Pasukan APM tiba di lokasi pada jam 12.50 pagi.

Advertisement
Menurutnya, pengadu memaklumkan seekor buaya dilihat berada di halaman rumahnya dan dia memerhati pergerakan haiwan tersebut untuk memastikan ia tidak melarikan diri.

“Anggota APM kemudiannya menggunakan penjerut untuk menangkap buaya tersebut, dan ia berjaya ditangkap tidak lama selepas itu,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kapten Ishak turut memaklumkan buaya itu dibawa ke Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) APM sebelum diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar.

Di SANDAKAN, seorang penduduk Skim Perumahan Kos Rendah Sim-Sim dikejutkan dengan penemuan seekor anak buaya yang bersembunyi di bawah rumahnya pada petang Ahad.

Advertisement
Menurut Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sandakan, Kapten (PA) Sulaiman Salama, panggilan kecemasan diterima melalui talian MERS 999 pada jam 6:47 petang.

Tujuh anggota dikerahkan ke lokasi menggunakan kenderaan operasi Revo dan sebuah ambulans. 

Advertisement
Pasukan tiba di lokasi pada jam 7:12 malam dan menangkap buaya seberat 15 kilogram itu dalam tempoh 25 minit menggunakan peralatan khas.

“Mata buaya ditutup dengan selimut dan badannya diikat kemas dengan tali sebagai langkah keselamatan sepanjang proses tangkapan,” katanya.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 8:19 malam. Buaya berkenaan akan diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar (JHL) untuk tindakan lanjut.

Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan melaporkan sebarang penemuan haiwan liar kepada pihak berkuasa bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here