Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Jabatan Perhutanan pantau pelaksanaan projek ladang hutan
Published on: Tuesday, July 15, 2025
Published on: Tue, Jul 15, 2025
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Jabatan Perhutanan pantau  pelaksanaan projek ladang hutan
FREDERICK menanam pokok sebagai simbolik mempromosikan konsep penghijauan ladang hutan industri.
TAWAU: Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) akan terus memantau pelaksanaan semua projek ladang hutan di negeri ini, bagi memastikan setiap aktiviti pembangunan yang dijalankan adalah mengikut prinsip Pengurusan Hutan Secara Lestari.

Ketua Konservator Hutan JPS, Datuk Frederick Kugan berkata perkara itu penting dalam usaha mencapai keseimbangan antara pemuliharaan alam sekitar dan pembangunan ekonomi negeri.

Advertisement
Beliau berkata demikian selepas melawat tapak penanaman anak syarikat Usahawan Borneo Group iaitu Kalabakan Borneo Resources Sdn Bhd di Serudong, selain meninjau pusat semaian anak pokok.

Lawatan yang antara lain bertujuan untuk memahami proses pembiakan dan persediaan penanaman di lapangan itu, turut disertai isteri beliau, Datin Rosita Limy bersama lebih 30 pegawai kanan JPS.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Frederick memuji pencapaian cemerlang syarikat tersebut dalam pengurusan hutan secara lestari dan menyifatkannya sebagai antara syarikat contoh dalam pembangunan ladang hutan di Sabah.

Menurutnya, syarikat itu mengurus kawasan ladang hutan seluas 23,610 hektar di Hutan Simpan Serudong iaitu lebih separuh daripada keseluruhan tanah yang diluluskan untuk pembangunan ladang hutan di kawasan Kalabakan.

Advertisement
“Setakat ini, Jabatan Perhutanan Sabah meluluskan sebanyak lebih 40,000 hektar tanah di Kalabakan bagi tujuan tersebut,” katanya.

Tambahnya, syarikat itu menanam pelbagai jenis pokok komersil yang cepat matang, termasuk Pokok Batai (Falcataria moluccana).

Advertisement
“Spesies ini mempunyai kitaran tuaian yang singkat dan nilai ekonomi yang tinggi, sekaligus membantu meningkatkan produktiviti ladang hutan,” katanya.

Menurutnya, penggunaan spesies pertumbuhan pantas seperti itu menyumbang kepada pembangunan industri perhutanan Sabah yang mampan dan seimbang dari segi ekonomi serta kelestarian alam.

Mengulas lanjut, beliau berkata, syarikat Kalabakan Borneo Resources sentiasa mengamalkan tanggungjawab sosial dan alam sekitar dalam pelaksanaan projeknya.

Syarikat itu juga, katanya, sentiasa mematuhi sepenuhnya piawaian yang ditetapkan oleh jabatan dan menunjukkan tahap pengurusan serta pelaksanaan yang tinggi di lapangan.

Terdahulu, rombongan berkenaan disambut Pengerusi Usahawan Borneo Group, Datuk Seri Elbert Lim Yu Ming bersama pasukan pengurusan kanan syarikat.

Mereka diberikan taklimat terperinci mengenai rancangan penanaman, teknik pembiakan dan langkah-langkah pemeliharaan alam sekitar yang dilaksanakan di syarikat berkenaan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here