Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
RM8.79 bilion laksana 86 projek di Sabah
Published on: Tuesday, July 15, 2025
Published on: Tue, Jul 15, 2025
By: Jonathan Nicholas
Text Size:
Text:
RM8.79 bilion laksana 86 projek di Sabah
Fadillah turut mengiktiraf peranan penting media sebagai rakan strategik dalam pembangunan negara.
Kota Kinabalu: Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra), Datuk Seri Fadillah Yusof, menegaskan komitmen berterusan Kerajaan Persekutuan dalam menyokong pembangunan Sabah serta memperkukuh kebebasan media.

Bercakap semasa Sesi Libat Urus Petra Bersama Media Sabah 2025, di sini, Ahad malam, Fadillah berkata Kerajaan Persekutuan melalui Petra telah memperuntukkan sebanyak RM8.799 bilion kepada Sabah sehingga Jun 2025.

Advertisement
Peruntukan itu meliputi 86 projek pembangunan di bawah Rancangan Rolling Kelima (RP5) dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) yang memberi tumpuan kepada pemerkasaan infrastruktur dan kemajuan berkaitan tenaga di negeri ini.

Beliau berkata pembangunan Sabah bukan hanya menjadi tanggungjawab kerajaan negeri semata-mata, tetapi merupakan amanah nasional yang dikongsi bersama.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kemajuan Sabah adalah tanggungjawab negara. Dengan kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri, kita dapat membina Malaysia yang lebih makmur, adil dan lestari,” katanya.

Fadillah turut mengiktiraf peranan penting media sebagai rakan strategik dalam pembangunan negara.

Advertisement
Beliau merakamkan penghargaan kepada media cetak, elektronik, dalam talian dan media baharu atas kerjasama berterusan, khususnya dalam mempromosikan pelancongan dan pelaburan di Sabah.

Sabah mencatat lebih 3.1 juta ketibaan pelancong pada 2024, peningkatan ketara berbanding 2.6 juta pada 2023, yang turut disumbang oleh usaha media membentuk naratif positif mengenai negeri ini.

Advertisement
Beliau menekankan kepentingan kewartawanan yang tepat dan beretika, terutama dalam membentuk keyakinan pelabur dan memelihara kestabilan negara.

Fadillah turut menyentuh kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia oleh Reporters Without Borders (RSF), yang menyaksikan negara naik ke tangga ke-88 pada 2025 berbanding tempat ke-107 tahun sebelumnya.

“Pengiktirafan ini mencerminkan usaha berterusan kerajaan untuk menyuburkan ekosistem media yang bebas, bertanggungjawab dan progresif,” katanya.

Dalam sesi tersebut, beliau turut memperkenalkan barisan kepimpinan tertinggi Petra dan menekankan bahawa libat urus seperti ini penting dalam mengukuhkan hubungan antara media dan agensi kerajaan.

Beliau mengakhiri ucapannya dengan menghargai profesionalisme semua petugas media di Sabah atas ketabahan dan dedikasi mereka meskipun berdepan pelbagai cabaran.

“Dengan rakyat yang bersatu dan media yang bebas serta berintegriti, kita boleh terus memacu kemajuan Sabah,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here