Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Belia Kiulu diiktiraf usahawan pelancongan dan agro terbaik
Published on: Tuesday, July 15, 2025
Published on: Tue, Jul 15, 2025
By: R Gonzales
Text Size:
Text:
Belia Kiulu diiktiraf usahawan pelancongan dan agro terbaik
JONISTON bersama belia sempena Program Santai Pitimungan Belia Kiulu.
KIULU: Belia Kiulu menerima Anugerah Usahawan Belia Pelancongan dan Agro Terbaik atas sumbangan dalam pembangunan komuniti.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kiulu Datuk Joniston Bangkuai berkata anugerah yang diperkenalkan buat pertama kali itu bertujuan mengiktiraf dan menggalakkan penglibatan belia yang menunjukkan kepimpinan dalam bidang masing-masing. 

Advertisement
“Pengiktirafan kepada belia ini penting untuk mendorong lebih ramai anak muda tampil aktif dalam bidang yang memberi kesan langsung kepada komuniti seperti pelancongan, pertanian dan inisiatif sosial,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyampaikan anugerah berkenaan sempena Program Santai Pitimungan Belia Kiulu pada Ahad.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Seramai 500 orang menghadiri program anjuran bersama Kelab Belia Prihatin Kiulu, Persatuan Pelancongan Kiulu itu.

Mendapat sokongan Pejabat Adun Kiulu program berlangsung di Dewan Terbuka Eko-Pelancongan Pulou Kelapa, Kampung Malanggang Lama.

Advertisement
Dalam pada itu beliau menyatakan teknologi dan media sosial harus dimanfaatkan secara bijak melalu pelbagai platform. 

Beliau turut mencadangkan pelaksanaan program Idea Pitch Mini sebagai platform untuk anak muda membentangkan idea perniagaan atau projek komuniti dengan peluang menerima dana permulaan sebagai usaha memperkasa peranan belia di Kiulu.

Advertisement
Sementara itu Pengerusi Penaja Kelab Belia Prihatin Kiulu Elsheera Alfred Yapat berkata program itu merupakan ruang bermakna untuk menggalakkan penglibatan aktif golongan muda dalam membangun jati diri.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here