Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Kuskop sedia bantu pembangunan industri kreatif di Sabah: Ewon
Published on: Wednesday, July 16, 2025
Published on: Wed, Jul 16, 2025
By: Mohd Nazllie Zainul
Text Size:
Text:
Kuskop sedia bantu pembangunan industri kreatif di Sabah: Ewon
EWON (lima daripada kanan) menerima cenderahati daripada Chester (empat daripada kanan).
KEMENTERIAN Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) menggalakkan Persatuan Filem dan Visual Sabah (Safva) mewujudkan koperasi dalam usaha memperoleh pembiayai bersesuaian bagi usahawan muda yang berkecimpung dalam bidang filem, seni visual dan kandungan digital.

Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata agensi-agensi di bawah kementeriannya bersedia menyediakan pembiayaan untuk usahawan industri kreatif Sabah ekoran berpendapat negeri ini berpotensi besar untuk menyumbang kepada ekonomi negeri dan negara.

Advertisement
“Sekiranya usahawan yang terlibat dalam industri kreatif mempunyai koperasi kita boleh menyalurkan pembiayaan kepada mereka untuk  mengembangkan lagi perniagaan koperasi terbabit.

“Oleh itu saya menggalakkan Persatuan Filem dan Visual Sabah (Safva) menubuhkan koperasi bagi memudahkan mereka mendapatkan pembiayaan sesuai dengan keperluan koperasi,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
EWON diberi taklimat ringkas  mengenai aktiviti Safva.Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan daripada Safva yang diketuai oleh presidennya Chester Pang dan disertai oleh Setiausaha Agung Jade Morris dan Ketua Zon Kota Kinabalu Gregory Giting.

Dalam kunjungan itu Ewon diberi taklimat mengenai pelbagai aktiviti yang dilaksanakan oleh persatuan serta isu-isu yang dihadapi dalam pembangunan industri kreatif di Sabah. 

Advertisement
Hal ini termasuk cabaran dari segi pembiayaan, latihan serta peluang pasaran.

“Saya turut berkongsi mengenai inisiatif-inisiatif kementerian yang sesuai untuk keusahawanan dalam industri kreatif. 

Advertisement
“Kita menggalakkan lebih banyak penglibatan anak muda dalam sektor ini menerusi sokongan strategik dan akses kepada pembiayaan,” katanya.

Safva kini mempunyai seramai 158 ahli terdiri daripada penerbit, pengarah, kru belakang tabir dan pelakon.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here