Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Jentera rasmi PN Kalabakan – Tawau dilancar tidak lama lagi
Published on: Wednesday, July 16, 2025
Published on: Wed, Jul 16, 2025
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Jentera rasmi PN Kalabakan – Tawau dilancar tidak lama lagi
AHMAD Dullah merasmikan Mesyuarat Pelancaran Jentera Perikatan Nasional Tawau-Kalabakan.
TAWAU: Jentera rasmi Perikatan Nasional (PN) Kalabakan - Tawau bakal dilancarkan dalam masa terdekat sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) yang dijangka semakin hampir.

Yang Dipertua Pas Kawasan Kalabakan Ahmad Dullah mendedahkan perkara itu selepas mempengerusikan Mesyuarat Pelancaran Jentera PN Tawau-Kalabakan bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Ahad. 

Advertisement
Beliau berkata mesyuarat itu merupakan langkah awal persiapan PRN17 dengan pelancaran rasmi jentera PN yang memberikan tumpuan kepada struktur jentera Dewan Undangan Negeri (Dun), Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan penyelarasan kawasan.

“Mesyuarat ini bukan sekadar penyelarasan gerak kerja tetapi tanda kesatuan dan kesiapsiagaan Pas dan Bersatu untuk tampil bersama dengan tawaran yang lebih segar dan berintegriti kepada rakyat Sabah.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kita mahu rakyat melihat bahawa PN  bukan sahaja bersedia dari sudut organisasi tetapi turut hadir dengan keazaman untuk membawa perubahan sebenar.

“Tawaran kita adalah bertunjangkan kesejahteraan rakyat dan pentadbiran yang bersih,”katanya.

Advertisement
Mengulas lanjut Ahmad berkata pertemuan tersebut jelas mencerminkan hubungan yang semakin erat antara Pas dan Bersatu di lapangan sekali gus mengukuhkan semangat muafakat politik antara kedua-dua parti di bawah payung PN.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here