Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Sasar lebih 10,000 institusi pendidikan sertai Kempen Internet selamat tahun ini
Published on: Wednesday, July 16, 2025
Published on: Wed, Jul 16, 2025
By: Gerry Lewis
Text Size:
Text:
Sasar lebih 10,000 institusi pendidikan sertai Kempen Internet selamat tahun ini
TEO (enam dari kanan) bergambar bersama tetamu jemputan.
KENINGAU: Kementerian Komunikasi menyasarkan penglibatan lebih 10,000 institusi pendidikan di seluruh negara dalam pelaksanaan Kempen Internet Selamat menjelang hujung tahun ini.

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata sasaran tersebut merupakan sebahagian daripada inisiatif kerajaan untuk memperkasa literasi digital serta membina persekitaran siber yang selamat, beretika dan bertanggungjawab.

Advertisement
“Kempen ini dilancarkan secara rasmi pada Januari lalu dan memberi fokus kepada empat isu utama iaitu buli siber, penipuan dan judi dalam talian, eksploitasi seksual kanak-kanak serta perlindungan data dan literasi digital.

“Inisiatif ini juga menerapkan pendekatan berasaskan umur termasuk penekanan terhadap larangan pendaftaran akaun media sosial bagi kanak-kanak bawah umur 13 tahun serta galakan kepada ibu bapa supaya memantau penggunaan internet dalam kalangan anak-anak,” katanya selepas pelancaran Kempen Internet Selamat di Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Putih pada Isnin.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Seramai 31,246 peserta telah menyertai program ini secara langsung setakat 1 Julai lalu dengan melibatkan 221 buah sekolah di seluruh negara termasuklah 64 sekolah di Sabah.

Bertemakan “Kepercayaan Digital” kempen terbabit dilaksanakan dengan kerjasama erat antara Kementerian Komunikasi, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), institusi pendidikan serta agensi berkaitan seiring dengan nilai-nilai Mdami dalam membentuk masyarakat celik digital serta berdaya tahan terhadap ancaman siber.

Advertisement
Terdahulu Teo turut menghadiri Program Sentuhan Komuniti Mukim Luagan dan menyampaikan 20 bakul barangan keperluan asas sumbangan syarikat telekomunikasi Yes kepada penduduk setempat.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here