Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Pandu tanpa lesen, guna MyKad palsu
Published on: Thursday, July 17, 2025
Published on: Thu, Jul 17, 2025
By: Clarence Dol
Text Size:
Text:
Pandu tanpa lesen, guna MyKad palsu
KERETA yang dipandu oleh suspek.
RANAU: Seorang warga Indonesia yang didakwa bekerja sebagai pemandu pelancong ditahan kerana memandu tanpa lesen memandu yang sah serta menggunakan MyKad palsu.

Menurut laporan dibuat oleh anggota Polis Trafik semasa menjalankan tugas penguatkuasaan lalu lintas di pekan Kundasang, suspek lelaki berusia 21 tahun itu ditahan ketika memandu sebuah kereta jenis Axia berwarna putih.

Advertisement
Pemeriksaan ke atas kad pengenalan yang digunakan mendapati maklumatnya tidak wujud dalam sistem Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), sekali gus mengesahkan ia palsu.

Suspek kini disiasat di bawah Peraturan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) yang jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Selain itu, dia juga disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mengemukakan dokumen perjalanan sah untuk masuk ke Malaysia. 

Kenderaan yang dipandunya turut disita di bawah Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987, manakala pemilik berdaftar kenderaan tersebut juga akan dikenakan tindakan mahkamah kerana membenarkan individu tanpa lesen memandu yang sah menggunakan kenderaan mereka, di bawah Seksyen 26(1) akta sama, yang membawa hukuman denda tidak kurang RM300 dan tidak lebih RM2,000 atau penjara tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya. 

Advertisement
Permohonan reman terhadap suspek telah dibuat di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bagi tujuan siasatan lanjut.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here