Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
46 Tamu Desa Sabah dibina, dinaik taraf tahun ini
Published on: Thursday, July 17, 2025
Published on: Thu, Jul 17, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
46 Tamu Desa Sabah dibina, dinaik taraf tahun ini
Ewon berkata beliau akan ke Sarawak untuk berbincang mengenai pelaksanaan pembangunan Tamu Desa Sarawak tahun ini.
Kota Kinabalu: Sebanyak 46 Tamu Desa di seluruh Sabah dikenal pasti untuk dibina atau dinaik taraf pada tahun ini, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.

Beliau berkata projek itu akan dilaksanakan menerusi 28 pejabat daerah penuh dan daerah kecil dengan peruntukan keseluruhan RM10 juta di bawah peruntukan pembangunan premis Tamu Desa oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop).

Advertisement
“Pada tahun ini, kita menerima peruntukan RM10 juta di bawah Belanjawan 2025 bagi melaksanakan pembangunan premis Tamu Desa.

“Semasa perasmian penutupan Program Madani Rakyat Sabah di Tawau pada 11 Mei tahun ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan peruntukan tambahan RM10 juta bagi meneruskan pembangunan premis Tamu Desa di Sabah,” katanya dalam kenyataan, Rabu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Ewon berkata beliau akan ke Sarawak untuk berbincang mengenai pelaksanaan pembangunan Tamu Desa Sarawak tahun ini.

“Status tanah tapak Tamu Desa kini perlu disahkan oleh pejabat daerah bagi mengelakkan isu pertikaian, dengan 15 pejabat daerah telah memberikan ulasan dan pengesahan bertulis mengenai tapak-tapak yang tidak mempunyai isu,” katanya, sambil berharap projek itu dapat memberikan kemudahan yang selesa kepada usahawan tamu dan peniaga kecil.

Advertisement
Terdahulu, Ewon menyampaikan watikah pelantikan kepada 15 pegawai daerah sebagai pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan, Koperasi, Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Daerah (MPUKPPD) serta surat kuasa pelaksanaan projek pembangunan Tamu Desa bagi 15 daerah yang terlibat di negeri ini. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here