Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Mawilla 2 terima empat bot laju
Published on: Thursday, July 17, 2025
Published on: Thu, Jul 17, 2025
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Mawilla 2 terima empat bot laju
Bot-bot ini adalah sebahagian daripada 13 bot baharu yang diperolehi TLDM secara berperingkat melalui tiga fasa. Sebelum ini bagi Fasa Pertama, dua bot diserahkan kepada Mawilla 2 pada Februari 2024, menjadikan jumlah keseluruhan kini enam buah.
SANDAKAN: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi Markas Wilayah Laut 2 (Mawilla 2) menerima empat bot pemintas laju FIC G2000 MkII pada petang Selasa bagi mempertingkat operasi keselamatan maritim.

Penyerahan rasmi berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama Mawilla 2 dan disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Pembangunan, Dato’ Mohd Shaiful Ibrahim, yang menyaksikan upacara menandatangani dokumen serah terima antara wakil Syarikat Gading Marine dan TLDM.

Advertisement
FIC G2000 MkII ini dilengkapi dengan sistem persenjataan automatik, iaitu Remote Control Weapon Station (RCWS) dan mesingan berat 12.7mm. 

Sistem ini membolehkan pengoperasian senjata jarak sederhana dengan ketepatan tinggi, sekali gus meningkatkan keupayaan tempur serta keselamatan kru semasa operasi di lautan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Selain itu, bot ini mampu mencapai kelajuan maksimum sehingga 50 knot, menjadikannya sesuai untuk tugasan pintasan di kawasan perairan yang strategik. 

Keupayaan kelajuan tinggi ini diyakini dapat meningkatkan tindak balas dalam menangani ancaman di laut, khususnya di Wilayah Timur Sabah yang sering terdedah kepada risiko pencerobohan dan kegiatan jenayah rentas sempadan.

Advertisement
Bot-bot ini adalah sebahagian daripada 13 bot baharu yang diperolehi TLDM secara berperingkat melalui tiga fasa. Sebelum ini bagi Fasa Pertama, dua bot diserahkan kepada Mawilla 2 pada Februari 2024, menjadikan jumlah keseluruhan kini enam buah.

Kewujudan bot dapat meningkatkan keupayaan TLDM bagi mendepani pelbagai cabaran di lautan, di samping memperkukuh kesiapsiagaan dalam memastikan keselamatan dan kedaulatan perairan negara sentiasa terpelihara. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here