Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Lebih 200 projek seliaan JKR siap dahului jadual
Published on: Thursday, July 17, 2025
Published on: Thu, Jul 17, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
Lebih 200 projek seliaan JKR siap dahului jadual
Ahmad turut mencadangkan agar pegawai JKR berkaitan melawat dan mempelajari aspek pembinaan di luar negara misalnya China dan India yang menyiapkan projek binaan dengan pantas menggunakan teknologi terkini antaranya sistem bermodul pasang siap.
KUNAK: Lebih 200 daripada 800 projek pembinaan yang diselia Jabatan Kerja Raya (JKR) di seluruh negara pada ketika ini mendahului jadual pelaksanaan (AOT). 

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata perkara itu mengambil kira projek yang mendahului jadual pelaksanaan melebihi seminggu hingga 10 hari.

Advertisement
“… tetapi angka 200 ini masih lagi tidak mencukupi. 200 daripada 800 projek, manakala baki projek pembinaan itu adalah projek yang mengikut jadual, projek lewat dan ada tiga peratus projek sakit.

“Mana-mana projek terutama di Sabah ini hendaklah dipastikan projek-projek itu disiapkan tepat pada jadual atau AOT. Apabila projek itu sudah terlewat, antara rancangan yang patut dilakukan kontraktor adalah mewujudkan kerja tambahan masa misalnya pada hujung minggu termasuk mewujudkan syif berganda kerja sehari,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata demikian selepas meninjau kemajuan projek pembinaan bangunan baharu meliputi 12 bilik darjah serta kemudahan lain di Sekolah Kebangsaan Kunak Jaya di sini, Rabu.

Ahmad turut mencadangkan agar pegawai JKR berkaitan melawat dan mempelajari aspek pembinaan di luar negara misalnya China dan India yang menyiapkan projek binaan dengan pantas menggunakan teknologi terkini antaranya sistem bermodul pasang siap.

Advertisement
Di Sabah terdapat lima projek sekolah daif yang mendahului jadual pelaksanaan antaranya dua di Semporna dan masing-masing satu di Tawau, Kota Belud serta Pensiangan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here