Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Pendidikan: Sabah belanja RM848 juta dari 2021–2024
Published on: Friday, July 18, 2025
Published on: Fri, Jul 18, 2025
Text Size:
Text:
Pendidikan: Sabah belanja RM848 juta dari 2021–2024
ko: Kerajaan Negeri telah membelanjakan sebanyak RM848.26 juta untuk pelbagai bantuan pendidikan dari 2021 hingga 2024, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

“Komitmen Kerajaan Negeri terhadap pembangunan modal insan amat jelas kerana kita percaya setiap anak Sabah berhak mendapat pendidikan yang berkualiti dan saksama.

Advertisement
“Oleh itu, Kerajaan Negeri sentiasa memberi perhatian serius terhadap pembangunan modal insan melalui Pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya,” katanya semasa majlis makan malam Konvensyen Pendidikan Kali ke-29 dan Persidangan Agung Perwakilan Kali ke- 3 Persatuan Guru Besar Malaysia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) malam Rabu lepas.

Ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Hajiji berkata sepanjang lima tahun lepas, sebanyak 14 inisiatif baharu telah diperkenalkan melibatkan peruntukan berjumlah RM164.14 juta, yang memberi manfaat kepada 210,918 pelajar di Sabah.

“Antaranya ialah bantuan tunai pendaftaran kemasukan IPT atau Budi, program Graduan Rindu Sabah (GRS-Subfly) dan Sumbangan Mahasiswa Pengajian Tinggi Dalam Negeri (Sentosa).

Advertisement
“Semua inisiatif ini mencerminkan kesungguhan Kerajaan Sabah untuk membina sistem pendidikan yang inklusif, progresif dan lestari,” katanya.

Sementara itu, Ketua Menteri berkata dalam era transformasi digital dan pendidikan abad ke-21 ini, peranan guru besar sangat penting dan mereka perlu bersedia menghadapi cabaran serta berinovasi dalam pendekatan masing-masing.

Advertisement
“Ini seiring dengan peranan guru besar sebagai tonggak utama dalam sistem pendidikan dan kepemimpinan sekolah. 

“Kualiti sesebuah sekolah amat bergantung pada keberkesanan kepemimpinan guru besar dalam mentadbir, membimbing warga pendidik dan memacu pembaharuan pendidikan yang selaras dengan aspirasi negara,” katanya.

Hajiji berkata konvensyen ini merupakan platform penting untuk semua berkongsi pengalaman, idea dan strategi dalam memacu kecemerlangan pendidikan di peringkat sekolah.

“Peranan guru besar sangat penting dalam membentuk generasi masa depan. Saya percaya melalui perkongsian ilmu dan pengalaman dalam konvensyen ini, kita dapat mempertingkatkan lagi kualiti kepimpinan dan pengurusan sekolah.

“Marilah kita bersama-sama melahirkan insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan terhadap peranan Kesatuan Guru Besar

Malaysia sebagai sebuah badan yang aktif memperjuangkan profesionalisme kepimpinan sekolah rendah di seluruh negara.

“Semoga konvensyen ini membuahkan hasil yang cemerlang kepada semua guru besar yang terlibat dalam memastikan pemerkasaan berterusan terhadap pelajar.

“Justeru, marilah kita berganding bahu memartabatkan profesion perguruan, memperkukuh peranan guru besar dan terus berusaha memperkasakan anak bangsa,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here