Kota Kinabalu: Kira-kira 30 peminat Manchester United dari Sabah Red Devils Club (foto) menghadiri Majlis Makan Malam Tahunan Penyokong United Malaysia ke-7 merangkap Gala Amal yang diadakan di Kuala Lumpur Sabtu lepas.
Perwakilan itu diketuai oleh presidennya Bartholomew Jingulam, yang juga presiden United Malaysia.
Acara tahun ini menarik lebih 400 ahli dari seluruh negara dan Sabah akan menjadi tuan rumah tahun depan.