Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Tiga Tamu Desa baharu untuk Kota Belud
Published on: Saturday, July 19, 2025
Published on: Sat, Jul 19, 2025
By: R Gonzales
Text Size:
Text:
Tiga Tamu Desa baharu untuk Kota Belud
EWON merasmikan Tamu Desa Kampung Lasou, Kota Belud.
KOTA BELUD: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick merasmikan tiga premis Tamu Desa di daerah ini, masing-masing di Kampung Takulung, Lasau dan Rosok.

Ia adalah sebahagian daripada 22 premis Tamu Desa yang dibina dan dinaik taraf di daerah ini pada Fasa 1 dan Fasa 2, membabitkan peruntukan RM4.749 juta pada 2024.

Advertisement
“Secara keseluruhan, Kuskop telah membina premis baharu dan menaiktaraf 98 Tamu Desa di Sabah dan Sarawak dengan peruntukan RM19 juta menerusi Belanjawan 2024.

“Kuskop akan terus komited dalam membangunkan prasarana usahawan luar bandar dan tahun ini, 46 tapak baharu Tamu Desa di Sabah telah dikenal pasti untuk dibina dengan peruntukan RM10 juta,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Tamu Desa Kampung Rosok di sini, Jumaat.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Terdahulu, Ewon merasmikan Tamu Desa Kampung Takulung dan Kampung Lasau yang kedua-duanya menggunakan konsep dewan terbuka.

Ewon berharap, kemudahan Tamu Desa itu akan memberi keselesaan yang lebih baik kepada peniaga dan pengunjung.

Advertisement
Difahamkan, tamu mingguan bagi Tamu Desa Takulung diadakan setiap Selasa, Tamu Desa Lasau pula setiap Rabu manakala bagi Tamu Desa Rosok beroperasi setiap Khamis.

“Selain digunakan oleh usahawan tamu, kemudahan ini juga boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti lain seperti sukan, keramaian, taklimat dan perjumpaan penduduk,” katanya.

Advertisement
Di Kampung Lasau Minunsud, Ewon turut melancarkan Happy Hour Jualan Madani Koperasi dengan diskaun sebanyak 50 peratus bagi semua jenis barangan.

Ia sebagai sokongan berterusan kementerian terhadap koperasi dan usahawan tempatan serta membantu mengurangkan bebanan rakyat.

Pada majlis perasmian itu, Ewon turut meluangkan masa menyantuni usahawan dan membeli barangan jualan mereka sebagai sokongan kepada mereka.

Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Keusahawanan) Kuskop Datuk Saidatu Akhma Hassan, ketua-ketua dan wakil-wakil agensi Kuskop serta pemimpin setempat.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here