Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Paus Leo Kutuk Serangan Gereja Katolik di Gaza
Published on: Monday, July 21, 2025
Published on: Mon, Jul 21, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
Paus Leo Kutuk Serangan Gereja Katolik di Gaza
Paus Leo menyeru penyelesaian damai terhadap konflik itu dan menggesa masyarakat antarabangsa menghormati undang-undang kemanusiaan antarabangsa, khususnya “kewajipan melindungi orang awam, serta larangan hukuman kolektif, penggunaan kekerasan secara melulu dan pemindahan penduduk Palestin.” 
GENEVA: Paus Leo pada Ahad menyeru agar “keganasan dihentikan serta-merta” susulan serangan Israel ke atas Gereja Katolik Holy Family di Bandaraya Gaza yang mengorbankan tiga orang awam dan mencederakan beberapa yang lain, termasuk seorang paderi, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Serangan itu berlaku pada pagi Khamis di satu-satunya gereja Katolik di Gaza, di mana kira-kira 600 orang sedang berlindung.

Advertisement
Paus Leo mengenal pasti mangsa sebagai Saad Issa Kostandi Salameh, Foumia Issa Latif Ayyad dan Najwa Ibrahim Latif Abu Daoud dan berkata beliau “amat dekat” dengan mereka dan keluarga masing-masing, menurut Vatican News.

Ditemui selepas majlis doa Angelus di Castel Gandolfo pada Ahad, Paus Leo berkata serangan itu “hanyalah satu daripada siri serangan ketenteraan berterusan terhadap penduduk awam dan tempat ibadat di Gaza.”

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau menyeru penyelesaian damai terhadap konflik itu dan menggesa masyarakat antarabangsa menghormati undang-undang kemanusiaan antarabangsa, khususnya “kewajipan melindungi orang awam, serta larangan hukuman kolektif, penggunaan kekerasan secara melulu dan pemindahan penduduk Palestin.” 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here