Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
SLXGrizzlies, Wasabi juara Bola Keranjang Puba 3x3
Published on: Monday, July 21, 2025
Published on: Mon, Jul 21, 2025
By: GL Oh
Text Size:
Text:
SLXGrizzlies, Wasabi juara Bola Keranjang Puba 3x3
SEMUA pasukan yang menang bergambar bersama selepas penyampaian hadiah.
Kota Kinabalu: Pasukan SLXGrizzlies memenangi gelaran terbuka lelaki dalam Pertandingan Bola Keranjang Puba 3x3 yang diadakan di Infinity Sports Arena di Inanam baru-baru ini.

Tempat kedua dan tempat ketiga masing-masing dimenangi 01 dan Dayspring Topten.

Advertisement
Gelaran terbuka wanita dimenangi oleh Wasabi diikuti oleh Power Puff Girls dan Next, manakala tiga pemenang teratas dalam kategori lelaki bawah 20 tahun dimenangi Kota, MSSM dan 3+1.

Sebanyak 40 pasukan termasuk beberapa dari Semenanjung mengambil bahagian dalam pertandingan anjuran bersama Persatuan Bola Keranjang Putatan, 361 Malaysia dan Crunch Time.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pengerusi Persatuan Bola Keranjang Putatan merangkap pengerusi penganjur pertandingan Tai Ket Hau berkata dengan penglibatan pasukan yang menampilkan pemain asing telah meningkatkan tahap persaingan ke tahap baharu.

Tai menambah, sebagai Ketua unit pembangunan bola keranjang tiga lawan tiga di Sabah, beliau akan terus mendedikasikan lebih banyak sumber dan masa untuk mempromosi dan membangunkan bola keranjang tiga lawan tiga tempatan bagi meningkatkan taraf di Sabah dan pada masa yang sama cuba mencari lebih ramai pemain berpotensi.

Advertisement
Majlis penutup telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi yang juga ahli Parlimen Sepanggar Datuk Mustapha Samud diwakili setiausaha sulitnya Rafee Jafree.

Turut hadir Presiden Persatuan Bola Keranjang Sabah Phan Chee Yong dan pengurus besar 361 Malaysia Jason Khoo.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here