Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Kelab Han Loong cemerlang pada Kejohanan Taekwondo Jemputan Remaja RTS 2025
Published on: Monday, July 21, 2025
Published on: Mon, Jul 21, 2025
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Kelab Han Loong cemerlang pada Kejohanan Taekwondo Jemputan Remaja RTS 2025
ANGGOTA Kelab Taekwondo Han Loong bersama pingat kemenangan mereka.
Kota Kinabalu: Kelab Taekwondo Han Loong pulang membawa 10 pingat emas, 11 perak dan lima gangsa pada Kejohanan Taekwondo Jemputan Remaja RTS 2025 yang diadakan di Dewan Milenium di Kepala Bata, Pulau Pinang baru-baru ini.

Mereka juga muncul juara dalam acara poomsae (15-17) dan naib juara dalam acara kyorugi (9-10).

Advertisement
Pingat emas mereka dalam acara poomsae dimenangi oleh Daphne Koay (individu 12-14), Leona Anne Andy (individu15-17) Master Ervin Ambu (60-70), Leonard Anne dan Sherry Anne Salor (pasangan campuran 15-17 ), Allyson Ng dan Daphne Koay (pasangan campuran 14-14), Allyson Ng dan Daphne Koay (berpasangan campuran 14) manakala pemenang dalam acara kyorugi ialah Allyson Ng (12-14), Rae Renjo Renddie (12-14), Ivory Koay (12-14), Avril Corbet (9-11) dan Nur Fadhilah Wong (15-17). 

Lapan perak diperoleh daripada acara Poomsae menerusi Allyson Ng (12-14 ), Constantin Kong (12-14), Aleister Ng (12-14 , Kristy Koay (12-14), jurulatih Emmanuel Siaw (30-40 ) dan gandingan campuran Daphne/Aleister (12-14), Kristy/Constal.ntin (12-14), Alexis Ng/Aristotle Kong (15-17)

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pingat perak acara kyorugi dimenangi oleh Dante Corbet (9-11), Kristy Koay (12-14) dan Nur Fadhilah Wong (terbuka 18-50). 

Pingat gangsa diperoleh daripada atlet poomsae Elsa Koay (9-11), Avril Corbet (9-11), Dante Corbet (9-11) dalam acara individu dan pasangan campuran Dante dan Avril, manakala gangsa lain disampaikan oleh Rae Randell Renddie di kyorugi (12-14).

Advertisement
Presiden kelab Roger Chaw kagum dengan prestasi keseluruhan pasukan 23 anggota yang diketuai oleh Master Ervin Ambu dan jurulatih Emmanuel Siaw.

“Ini adalah satu pencapaian yang membanggakan untuk kelab dan Sabah. Syabas kepada semua ahli kelab,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here