Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Perhimpunan Agung PGRS tetapkan halatuju PRN17: Ketua Menteri
Published on: Tuesday, July 22, 2025
Published on: Tue, Jul 22, 2025
By: Larry Ralon, Rahim Matnin
Text Size:
Text:
Perhimpunan Agung PGRS tetapkan halatuju PRN17: Ketua Menteri
Hajiji turut menegaskan bahawa GRS akan bertanding di majoriti kerusi pada PRN akan datang, namun mengambil kira aspirasi tempatan dalam menentukan calon dan agihan kerusi.
Kota Kinabalu: Perhimpunan Agung Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) hujung minggu ini akan menjadi platform penting untuk merangka strategi menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17), yang dijangka boleh diadakan pada bila-bila masa.

Ketua Menteri merangkap Presiden PGRS, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata mesyuarat selama tiga hari itu diadakan mengikut perlembagaan parti, namun kali ini lebih signifikan kerana ia berlangsung menjelang pilihan raya.

Advertisement
“Ia satu keperluan mengikut perlembagaan parti, tetapi kali ini ia sangat penting kerana kita bakal menghadapi pilihan raya negeri yang boleh diadakan pada bila-bila masa selepas perhimpunan ini. Jadi, kita tunggu dan lihat,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Anugerah Biasiswa Kecemerlangan Sabah, di sini.

Mengulas pengisian utama perhimpunan itu, Hajiji yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), berkata beliau akan menyampaikan beberapa pengumuman penting semasa perhimpunan berlangsung.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Saya akan ulas perkara itu semasa perhimpunan nanti,” katanya ringkas.

Dalam perkembangan lain, Hajiji mengesahkan GRS telah mengadakan beberapa perbincangan dengan pimpinan Pakatan Harapan (PH), termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Pengerusi PH.

Advertisement
“Ya, kami sudah adakan beberapa perbincangan, termasuk dengan Perdana Menteri sebagai Pengerusi PH. Saya percaya kita akan capai keputusan muktamad. Pengumuman rasmi akan dibuat pada masa yang sesuai.

“Perbincangan rasmi akan diadakan. Kita mahu meneruskan kerjasama antara Kerajaan Negeri sedia ada, GRS dan PH,” katanya.

Advertisement
Hajiji turut menegaskan bahawa GRS akan bertanding di majoriti kerusi pada PRN akan datang, namun mengambil kira aspirasi tempatan dalam menentukan calon dan agihan kerusi.

“Sudah tentu (GRS akan bertanding majoriti kerusi). Tetapi kita juga perlu mendengar aspirasi rakyat di peringkat akar umbi. Kita akan buat keputusan terbaik demi Sabah kerana kestabilan politik amat penting.

“Menang pilihan raya sahaja tidak mencukupi, kita juga perlu memastikan kestabilan politik selepas pilihan raya. Hanya dengan kestabilan kita mampu merancang dan membangunkan negeri,” katanya.

Sementara itu, Hajiji mengulangi komitmen Kerajaan Negeri terhadap pembangunan modal insan sebagai teras kemajuan negeri.

“Hari ini, Kerajaan Negeri bersama Yayasan Sabah dan Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) menyampaikan anugerah kepada pelajar cemerlang dalam peperiksaan SPM, STPM dan peperiksaan agama.

“Kami bangga kerana usaha untuk memartabatkan pendidikan bukan sahaja mendapat pengiktirafan rakyat, malah telah dijadikan dasar kerajaan.

“Sebagai sebahagian daripada agenda pembangunan saya, pembangunan modal insan diberi keutamaan. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, inisiatif yang diperkenalkan berjaya menyokong bukan sahaja pelajar cemerlang tetapi juga mereka yang memerlukan,” katanya.

Hajiji turut menyatakan harapan agar anak-anak Sabah yang melanjutkan pengajian ke luar negeri akan kembali untuk menyumbang kepada pembangunan negeri.

“Kita sememangnya berharap demikian. Jika mereka mengambil bidang yang sesuai dengan keperluan semasa, peluang pekerjaan lebih mudah diperoleh.

“Sebagai sebuah negeri, kita mahu mereka kembali dan menyumbang kepada Sabah dan masyarakat. Banyak sektor tersedia... jika tidak dalam sektor awam, maka dalam sektor swasta,” tambahnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here