Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
‘Datuk’ ditahan, tipu individu dapatkan darjah kebesaran Pahang
Published on: Tuesday, July 22, 2025
Published on: Tue, Jul 22, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
‘Datuk’ ditahan, tipu individu dapatkan darjah kebesaran Pahang
Pengarah SPRM Sabah Datuk S Karunanithy mengesahkan penangkapan itu dan memaklumkan suspek telah dibebaskan dengan jaminan setelah membayar deposit tunai RM5,000 daripada jumlah jaminan RM10,000 yang dikenakan.
Kota Kinabalu: Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah kerana dipercayai menipu seorang individu dengan meminta wang RM6,000 bagi mendapatkan darjah kebesaran negeri Pahang.

Suspek lelaki berusia 40-an itu ditahan kira-kira 12 tengah hari Isnin ketika hadir di Pejabat SPRM Sabah di sini untuk memberikan keterangan.

Advertisement
Menurut sumber, berdasarkan siasatan awal suspek disyaki telah menawarkan untuk membantu pengadu mendapatkan gelaran Datuk dari negeri Pahang pada  2023, walaupun beliau tidak mempunyai kuasa atau keupayaan untuk berbuat demikian.

“Suspek dipercayai telah mendorong pengadu secara tidak jujur untuk memindahkan wang RM6,000, kononnya bagi pembelian aksesori baju istiadat yang diperlukan untuk mendapatkan darjah kebesaran tersebut,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pengarah SPRM Sabah Datuk S Karunanithy mengesahkan penangkapan itu dan memaklumkan suspek telah dibebaskan dengan jaminan setelah membayar deposit tunai RM5,000 daripada jumlah jaminan RM10,000 yang dikenakan.

Beliau memaklumkan bahawa suspek akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu pada Khamis ini di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here