Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
19 keluarga di Ranau terima tapak penempatan baharu
Published on: Tuesday, July 22, 2025
Published on: Tue, Jul 22, 2025
By: Clarence Dol
Text Size:
Text:
19 keluarga di Ranau terima tapak penempatan baharu
ABIDIN (tengah) ketika majlis pecah tanah bagi penempatan baharu Kampung Kimarahang.
RANAU: 19 keluarga dari Kampung Kimarahang kini boleh menarik nafas lega selepas menerima kebenaran membina penempatan baharu di kawasan tanah pertanian Kampung Tampios susulan kampung asal mereka terlibat dalam pembinaan Projek Lebuhraya Pan Borneo.

Majlis pecah tanah penempatan baharu tersebut disempurnakan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paginatan Datuk Abidin Madingkir dalam satu majlis yang diadakan di tebing Sungai Liwagu pada Sabtu lalu.

Advertisement
“Kita bersyukur kerana Jabatan Pertanian akhirnya membenarkan mangsa-mangsa Projek Pan Borneo membina rumah di kawasan tanah pertanian ini. Walaupun penggazetan ini bersyarat ia jelas menunjukkan kesungguhan kerajaan dalam menyelesaikan masalah rakyat.

“Sebagai wakil rakyat sudah menjadi tanggungjawab saya untuk mendengar dan bertindak menyelesaikan isu-isu yang dihadapi penduduk khususnya di Dun Paginatan. Kita bekerja tanpa perlu diuar-uarkan kerana paling penting hasilnya dapat dirasai rakyat,” kata Abidin.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sementara itu Ketua Anak Negeri (Kan) Dualis Porodtong turut menjelaskan latar belakang kawasan berkenaan yang kini dijadikan tapak penempatan baharu untuk penduduk Kampung Kimarahang yang terjejas.

Katanya kawasan seluas kira-kira tiga ekar itu pernah menjadi tapak Stesen Pertanian sekitar 1980-an namun terbiar sejak beberapa dekad lalu.

Advertisement
“Terdapat usaha daripada pihak kampung melalui Pengerusi JKKK Kampung Tampios untuk menjadikan kawasan ini sebagai rizab kampung namun permohonan tersebut tidak diluluskan oleh Jabatan Pertanian dan Pejabat Tanah Ranau.

“Akhirnya dengan bantuan Datuk Abidin Madingkir kawasan ini berjaya diwarta sebagai penempatan sementara untuk penduduk Kampung Kimarahang yang kehilangan tanah perkampungan akibat projek Pan Borneo.

Advertisement
“Dengan adanya pewartaan ini 19 keluarga terjejas kini mempunyai kawasan untuk membina rumah baharu dan memulakan kehidupan yang lebih teratur,” katanya.

Penempatan baharu itu dijangka akan menyediakan kediaman yang lebih stabil dan selesa untuk penduduk terlibat serta membuka peluang kepada pembangunan komuniti yang lebih tersusun di kawasan Tampios.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here