INANAM: Ramai golongan muda masih tidak faham berkaitan pelbagai tuntutan hak-hak Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) serta kesannya kepada masa depan negeri.
Penggerak Warisan Dun Inanam Lewis Wong berkata isu itu bukan perkara baharu dalam sejarah politik dan pentadbiran Sabah tetapi kurang diketahui kerana tidak ditonjolkan atau dijadikan keutamaan.
“Sekarang terima kasih kepada beberapa ahli politik Sabah yang prihatin. Kita kini dapat melihat kandungan tuntutan dalam MA63 ini di banyak platform media.
“Apabila nampak banyak hak yang terhakis kita berasa perlu melakukan sesuatu untuk mempertahankan hak-hak yang dicatatkan dalam dokumen itu. Untuk mempertahankannya kita mesti ada pengetahuan yang cukup di dada,” katanya kepada Harian Ekspres pada Sabtu.
Advertisement





