Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Jabatan Kesihatan pantau penyakit berkaitan jerebu di Melaka
Published on: Tuesday, July 22, 2025
Published on: Tue, Jul 22, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
Jabatan Kesihatan pantau penyakit berkaitan jerebu di Melaka
Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Datuk Ngwe Hee Sem berkata penyakit tersebut melibatkan asma, jangkitan selaput mata (konjunktivitis), dan jangkitan akut saluran pernafasan atas (URTI).
MELAKA: Jabatan Kesihatan Melaka sedang memantau tiga jenis penyakit yang sering dikaitkan dengan jerebu berikutan beberapa kawasan di negeri itu mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat sejak Ahad lepas.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Datuk Ngwe Hee Sem berkata penyakit tersebut melibatkan asma, jangkitan selaput mata (konjunktivitis), dan jangkitan akut saluran pernafasan atas (URTI).

Advertisement
“Daripada analisis penyakit akibat jerebu yang dipantau, tiada trend kenaikan ketara bagi penyakit ini dari Minggu Epid (ME) 23 hingga ME 29. Namun, pemantauan masih diteruskan,“ katanya di luar sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di Seri Negeri.

Ngwe menegaskan kerajaan negeri sentiasa peka dengan keadaan cuaca dan akan bertindak mengikut Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan. Beliau turut menasihati orang ramai terutama golongan berisiko tinggi seperti kanak-kanak, warga emas, dan pesakit kronik untuk mengambil langkah pencegahan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kurangkan pendedahan kepada jerebu dengan berada di dalam bangunan, hadkan aktiviti luar, pakai pelitup muka, dan pastikan minum air yang mencukupi,“ katanya.

Orang ramai juga dinasihatkan mendapatkan rawatan segera sekiranya mengalami gejala seperti sesak nafas, batuk, atau jangkitan mata. Maklumat lanjut boleh didapati di laman web Kementerian Kesihatan.
Advertisement
 

 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here