Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Pengumuman esok cerminan komitmen reformasi - Perdana Menteri Anwar
Published on: Tuesday, July 22, 2025
Published on: Tue, Jul 22, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
Pengumuman esok cerminan komitmen reformasi - Perdana Menteri Anwar
Pengumuman ini akan disiarkan esok secara langsung di semua saluran utama dan media sosial, - Foto FB Anwar Ibrahim
Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pengumuman penghargaan kepada rakyat Malaysia yang akan dibuat esok, merupakan tanda keprihatinan Kerajaan MADANI kepada rakyat yang sentiasa teguh bersama kerajaan dalam setiap langkah reformasi.

 

Advertisement
"Moga pengumuman ini membawa manfaat buat rakyat terbanyak dan menjadi cerminan usaha kita bersama untuk membina masa depan yang lebih adil dan sejahtera," katanya menerusi hantaran di media sosial.

Terdahulu, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil turut berkongsi bahawa Perdana Menteri akan membuat pengumuman mengenai penghargaan buat semua rakyat Malaysia pagi esok.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Anwar sebelum ini, ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya semalam, berkata penghargaan luar biasa kepada rakyat itu akan diumumkan pada hari ini atau esok (Rabu).

Bagaimanapun, tiada perincian lanjut diberikan mengenai bentuk penghargaan yang bakal diumumkan.

Advertisement
Sementara itu, menurut infografik yang dikongsikan Anwar, pengumuman itu dijadual berlangsung 10.30 pagi esok dan akan disiarkan secara langsung menerusi semua saluran utama termasuk RTM, Media Prima, Astro AWANI, Bernama TV, TVS, TV AlHijrah serta platform media sosial seperti Facebook Live.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here