Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Pelbagai reaksi, perkongsian ibu bapa pindah keluar pelajar
Published on: Wednesday, July 23, 2025
Published on: Wed, Jul 23, 2025
Text Size:
Text:
Pelbagai reaksi, perkongsian ibu bapa pindah keluar pelajar
Menurutnya lagi, perubahan sikap anaknya yang semakin murung dan kelihatan tidak bersemangat setiap kali pulang ke asrama menimbulkan kebimbangan sehingga mendorong mereka mengambil keputusan untuk memindahkannya ke sekolah lain. - FOTO untuk ilustrasi sahaja.
Kota Kinabalu: Kejadian tersebut mencetuskan pelbagai reaksi dan perhatian masyarakat, termasuk dakwaan wujudnya unsur buli di sekolah terbabit dengan beberapa perkongsian ibu bapa kepada pelajar yang pernah menuntut di sekolah berkenaan.

Seorang individu mendedahkan ada ibu bapa memutuskan untuk memindahkan anak mereka ke sekolah lain. 

Advertisement
Perkongsian itu turut memuat naik beberapa tangkap layar mesej yang didakwa sebagai luahan ibu bapa lain, yang menceritakan pengalaman hampir sama melibatkan anak mereka.

Antara kandungan pendedahan tersebut termasuk dakwaan bahawa kejadian buli hanya disedari beberapa bulan selepas ia berlaku. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Difahamkan, laporan berkaitan telah dibuat, namun tidak diteruskan kerana keterangan mangsa yang tidak konsisten akibat trauma yang dialaminya.

Dalam satu lagi perkongsian, seorang ibu mendakwa anaknya menangis ketika dipindahkan dari sekolah itu dan berkongsi tentang pengalaman yang dialaminya semasa berada di asrama.

Advertisement
Dakwaan tersebut termasuk terpaksa tidur di lantai, dikenakan denda, diarahkan membasuh pinggan mangkuk pelajar senior dan mengambil air dari tingkat bawah bangunan.

Ibu berkenaan menyatakan anaknya tidak berani membuat aduan kepada warden atau ibu bapa kerana bimbang dengan kemungkinan tindak balas daripada pelajar lain yang terlibat.

Advertisement
Menurutnya lagi, perubahan sikap anaknya yang semakin murung dan kelihatan tidak bersemangat setiap kali pulang ke asrama menimbulkan kebimbangan sehingga mendorong mereka mengambil keputusan untuk memindahkannya ke sekolah lain.

Individu sama memuat naik tangkap layar luahan ibu pelajar terbabit, menyatakan dia tidak akan memaafkan mereka yang didakwa telah menyebabkan penderitaan kepada anaknya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here