Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
TAEKWONDO – Kejohanan Legenda Terbuka Kedah Pengalaman berharga
Published on: Wednesday, July 23, 2025
Published on: Wed, Jul 23, 2025
By: GL Oh
Text Size:
Text:
TAEKWONDO – Kejohanan Legenda Terbuka Kedah Pengalaman berharga
AHLI Kelab Taekwon-Do ITF Papar Wira di venue pertandingan.
Kota Kinabalu: Persatuan Taekwon-Do ITF Negeri Sabah (PTNSITF) menduduki tempat keenam keseluruhan dalam Kejohanan Taekwondo Legenda Terbuka Kedah Kedua yang berlangsung di Village Mall di Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.

Mereka membawa pulang enam pingat emas, lapan perak dan 18 gangsa.

Advertisement
Pemenang pingat emas ialah Azizudin Azlee (sparing & pattern individu), Mohamad Aisy Mikhael Mohd Elhmie Adfezan (pattern individu), Putri Aleeya Maisarah Al Sabah (pattern individu), Izzul Faid Hafizh Muhammad Fikri (sparing & pattern individu).

Pasukan Negeri diwakili oleh 30 orang ahli Kelab Taekwon-Do ITF Papar Wira dan 27 daripadanya merupakan murid SK Surati (9), SK Buang Sayang (6), SK ST Joseph (1), SK Agama SRITI (1), SMK Majakir (7) dan SMK Takis (3) dari daerah Papar.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Seramai 500 peserta daripada 23 kelab seluruh negara menyertai kejohanan anjuran Persatuan Taekwon-Do ITF Kedah itu.

Osmaiza Osman, yang mengetuai kontinjen memuji komitmen semua atlet, dan berharap mereka akan terus bekerja keras dalam kejohanan akan datang, manakala ketua jurulatih Mohammad Fitri Mahmud berkata atlet telah menunjukkan potensi besar.

Advertisement
“Ini adalah satu kejohanan yang baik tetapi perjalanan masih jauh buat mereka. ia masih jauh perjalanan untuk mereka. Mereka mesti terus berjuang dan jangan sesekali berputus asa. 

“Kepada mereka yang gagal memenangi pingat, ia adalah satu pengajaran yang baik dan berharap ia akan merangsang mereka untuk berlatih lebih gigih untuk saingan pada masa hadapan,” katanya.

Advertisement
Sementara itu, presiden kelab Wera @ Azlan Ali turut berpuas hati dengan prestasi keseluruhan pasukan.

“Semua atlet kita telah mempamerkan disiplin yang baik sepanjang pertandingan dan beraksi dengan sangat baik untuk meraih pingat buat negeri selain memberi cabaran kuat kepada atlet dari kelab lain.

“Saya berharap kejohanan ini menjadi platform berharga untuk mereka menimba pengalaman dan mengembangkan lagi kemahiran mereka,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here