Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Wajibkan guna jejantas udara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu
Published on: Wednesday, July 23, 2025
Published on: Wed, Jul 23, 2025
By: Mardinah Jikur
Text Size:
Text:
Wajibkan guna jejantas udara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu
Justeru, Bendahari MCA Sabah, Datuk Chin Kim Hiung, menggesa Kerajaan Sabah mencontohi pendekatan Sarawak, yang mewajibkan penggunaan jejantas udara, menerusi rundingan langsung bersama AirAsia, pihak berkuasa Persekutuan serta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom). Beliau menegaskan, penggunaan
Kota Kinabalu: Walaupun sektor pelancongan Sabah mencatatkan pertumbuhan kukuh dengan tiga juta ketibaan pada 2024 (melepasi sasaran) dan hasil RM4.88 bilion, penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) masih berdepan keadaan tidak boleh diterima.

Disebabkan syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia tidak menggunakan jejantas udara, penumpang termasuk pelancong warga emas dan keluarga terpaksa meredah landasan terbuka, termasuk dalam cuaca ribut petir yang kerap, sekali gus terdedah kepada risiko tergelincir, jatuh, malah panahan petir.

Advertisement
Fi penggunaan jejantas hanyalah RM85 bagi setiap kali kegunaan – kurang 25 sen bagi setiap penumpang.

Justeru, Bendahari MCA Sabah, Datuk Chin Kim Hiung, menggesa Kerajaan Sabah mencontohi pendekatan Sarawak, yang mewajibkan penggunaan jejantas udara, menerusi rundingan langsung bersama AirAsia, pihak berkuasa Persekutuan serta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom). Beliau menegaskan, penggunaan

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
jejantas udara seharusnya diwajibkan di semua lapangan terbang di Sabah demi keselamatan dan keselesaan penumpang.

“Pelancong dan rakyat Sabah berhak menikmati perjalanan yang selamat dan bermaruah,” katanya dalam kenyataan.

Advertisement
Tambah beliau, Kerajaan Negeri mesti mengambil tindakan tegas, bukan dengan rayuan, tetapi dengan tuntutan yang boleh dikuatkuasakan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here