Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Kompleks kerajaan guna solar, jimat RM71,000 setahun
Published on: Thursday, July 24, 2025
Published on: Thu, Jul 24, 2025
Text Size:
Text:
Kompleks kerajaan guna solar, jimat RM71,000 setahun
HELENA (kedua dari kanan) menyerahkan replika panel solar sebagai simbolik penyerahan projek solar yang telah siap.
Kota Kinabalu: Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah (KPKPS) kini menjadi bangunan persekutuan pertama di negeri ini yang menggunakan tenaga hijau solar dengan kapasiti besar.

Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Seri Rosli Isa berkata, projek siap tersebut akan memberikan penjimatan besar dari sudut kos penggunaan elektrik dan melestarikan penggunaan tenaga hijau solar di Sabah.

Advertisement
"Ini menandakan satu pencapaian besar dalam landskap pengurusan bangunan kerajaan. 

"Dengan siapnya pemasangan sistem solar berkapasiti 1 Megawatt (MW), Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah kini menjadi bangunan kerajaan persekutuan pertama di Negeri Sabah yang menggunakan tenaga hijau solar dengan kapasiti sebesar ini dalam operasinya,” katanya selepas merasmikan Majlis Penyerahan Projek Pemasangan Sistem Solar di KPKPS, pada Selasa.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Projek tersebut direalisasikan melalui peruntukan one-off RM6 juta daripada Kementerian Ekonomi yang disalurkan melalui pihak Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Wilayah Sabah (Sedia). 

Bahagian Pengurusan Fasiliti, Kementerian Kerja Raya (KKR) bertindak sebagai agensi pelaksana projek, manakala pelaksanaan di lapangan dikendalikan oleh pihak konsesi iaitu Kombinasi Saudagar Sdn Bhd. 

Advertisement
"Rekabentuk ini bukan sahaja praktikal, malah menzahirkan komitmen terhadap teknologi mesra alam,” katanya.

Selain penjimatan kos elektrik, projek itu turut menyumbang kepada pembangunan negara yang lebih hijau, bersih dan berdaya tahan.

Advertisement
Sistem ini dijangka dapat mengurangkan bil elektrik bulanan sehingga RM71,000, seterusnya menyumbang kepada penjimatan yang mencecah RM4.26 juta untuk tempoh lima tahun. 

Rosli berkata projek ini sejajar dengan Dasar Teknologi Tenaga Boleh Baharu (TBB) kerajaan dan bertujuan untuk mengurangkan jejak karbon (carbon footprint) CO2, seterusnya menyokong matlamat pembangunan negara yang lebih hijau, bersih dan berdaya tahan. 

"Semoga inisiatif ini akan menjadi pemangkin kepada lebih banyak projek teknologi hijau demi kemakmuran Sabah dan kesejahteraan Malaysia secara keseluruhannya," jelas beliau.

Projek dengan peruntukan RM6 juta secara one-off daripada Kementerian Ekonomi itu mengambil masa lapan bulan untuk disiapkan bermula Oktober 2024.

Turut hadir, Pengarah Sabah Oil & Gas Development Corporation (SOGDC) Datuk Dr Roland Chia Ming Shen dan Setiausaha Bahagian Pengurusan Fasiliti Kementerian Kerja Raya, Helene Remeo.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here