Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Angkara cemburu, syak dicurangi lelaki tumbuk isteri bertubi-tubi
Published on: Friday, July 25, 2025
Published on: Fri, Jul 25, 2025
By: Amir Anuar
Text Size:
Text:
Angkara cemburu, syak dicurangi lelaki tumbuk isteri bertubi-tubi
Suspek dan isterinya masing-masing berumur 19 tahun dilaporkan terlibat dalam pertengkaran akibat salah faham sehingga menyebabkan lelaki itu marah dan memukul wanita berkenaan. - Foto FMT untuk ilustrasi sahaja.
TAWAU: Cemburu dan dicurangi dipercayai menjadi motif seorang nelayan tempatan, 65, menumbuk isterinya, 41, bertubi-tubi sehingga cedera dalam kejadian di Pasar Gantung Tapak Seratus Tahun di sini, kira-kira jam 10.30 malam, Selasa, kata Ketua Polis Daerah Tawau ACP Jasmin. Beliau berkata lelaki itu ditahan kira-kira jam 12 tengah hari di Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD). 

Dalam kenyataan di sini pada Khamis, suspek didakwa menumbuk muka dan kepala mangsa bertubi-tubi sehingga menyebabkan bibir dan hidung wanita terbabit berdarah.

Advertisement
“Berdasarkan soal siasat setakat ini menunjukkan suspek dipercayai melakukan perbuatan itu kerana didorong rasa cemburu dan beranggapan isterinya yang juga pengadu curang terhadap dirinya,” tambahnya.

Dalam kes berasingan, Jasmin berkata seorang lagi lelaki warga tempatan juga ditahan selepas dipercayai membelasah isterinya sehingga lebam dan menanggung kesakitan di seluruh badan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Suspek dan isterinya masing-masing berumur 19 tahun dilaporkan terlibat dalam pertengkaran akibat salah faham sehingga menyebabkan lelaki itu marah dan memukul wanita berkenaan,” katanya.

Menurutnya kejadian itu berlaku di sebuah kedai runcit di kawasan Balung kira-kira jam 12 tengahari pada Selasa, manakala suspek ditahan kira-kira jam 3.50 petang keesokannya dekat deretan gerai di tepi Jalan Apas-Balung.

Advertisement
Siasatan kedua-dua kes dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan (mendatangkan kecederaan dengan sengaja) dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here