Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
42 permohonan Dana Kandungan Kreatif dari Sabah, Sarawak diluluskan
Published on: Friday, July 25, 2025
Published on: Fri, Jul 25, 2025
By: Kazalinah Kamaludin
Text Size:
Text:
42 permohonan Dana Kandungan Kreatif dari Sabah, Sarawak diluluskan
FAHMI sempat beramah mesra bersama penggiat seni Sabah yang hadir pada malam itu. – Penerangan
SEBANYAK 42 permohonan Dana Kandungan Kreatif (DKK) daripada syarikat di Sabah dan Sarawak, membabitkan nilai melebihi RM7.43 juta, telah diluluskan dari 2022 hingga bulan ini. 

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, berkata permohonan itu membabitkan pelbagai kategori termasuk filem cereka, filem pendek, dokumentari, pemasaran, penulisan skrip dan pascaproduksi yang secara langsung berjaya mewujudkan lebih 1,245 peluang pekerjaan.

Advertisement
“Sehingga bulan ini juga, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) telah menerima 36 permohonan bagi Dana Program TV (Borneo) dan 24 permohonan bagi Dana Pascaproduksi.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 14 syarikat produksi tempatan telah ditawarkan Dana Program TV (Borneo), dengan enam daripadanya merupakan syarikat dari Sabah.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Bagi Dana Pascaproduksi pula, sembilan syarikat telah menerima tawaran, termasuk satu syarikat dari Sabah,” katanya semasa Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima DKK Sabah di Kota Kinabalu, pada Selasa.

FAHMI, Nizam dan yang lain bergambar bersama penerima dana pada majlis itu. – PeneranganTurut hadir, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, yang mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, Pengerusi Finas Dato’ Hans Isaac, Ketua Pegawai Eksekutif Finas Dato’ Azmir Saifuddin Mutalib dan Ketua Pegawai Eksekutif Borneo TV Datuk Izelan Basar.

Advertisement
Secara pecahan, Fahmi berkata di bawah Dana Program TV (Borneo), yang dikhususkan untuk penerbitan supertelefilem oleh syarikat dari Sabah dan Sarawak, enam syarikat dari negeri ini menerima kelulusan dengan nilai keseluruhan RM1.15 juta, yang dijangka menjana lebih 200 peluang pekerjaan baharu.

“Bagi Dana Pascaproduksi, yang bertujuan membantu meningkatkan kualiti teknikal filem cereka pawagam melalui fasiliti seperti VR, VFX dan Dolby Atmos, satu projek dari Sabah telah diluluskan dengan nilai hampir RM240,000.

Advertisement
“Ini sekali gus memberi nilai tambah kepada proses pascapenggambaran. Permohonan untuk dana ini dibuka hingga 30 November 2025.

“Jumlah keseluruhan bagi kedua-dua dana ini adalah hampir RM1.39 juta,” katanya.

Sementara itu, Fahmi berkata Kementerian Komunikasi menerusi Finas komited menyokong pembangunan industri kandungan kreatif tempatan, khususnya di Borneo.

“Program DKK ini bertujuan meningkatkan kandungan siaran tempatan serta memacu kerjasama strategik antara penggiat industri dengan stesen penyiar seperti Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan media swasta.

“Selain penyerahan dana ini, saya juga ingin mengumumkan satu usaha strategik baharu hasil perbincangan bersama Ketua Menteri Sabah.

“Kementerian Komunikasi, melalui Finas, telah bersetuju untuk melaksanakan kerjasama dengan Borneo TV menerusi Dana Program TV (Borneo) ini.

“Sebelum ini, dana tersebut hanya dilaksanakan bersama RTM. Kini, kandungan yang dihasilkan oleh penerima Dana Program TV (Borneo) juga akan disiarkan di platform Borneo TV,” katanya.

Fahmi turut berkongsi kisah kejayaan yang lahir hasil galakan dana dan insentif kerajaan, termasuk daripada anak-anak Sabah.

“Antara yang membanggakan ialah filem Sinakagon, arahan anak muda Sabah, Timothy Stephen, yang merupakan filem berbahasa Dusun pertama ditayangkan di Netflix, dan turut meraih anugerah di Rome Independent Film Awards serta Milan Independent Awards.

“Satu lagi ialah Ninavau, sebuah filem dalam bahasa Kadazan arahan Bebbra Mailin, yang telah dipilih sebagai Filem Pembukaan di Malaysia International Film Festival (MIFFest) 2025.

“Ini merupakan satu pengiktirafan besar terhadap karya dari Sabah yang menampilkan suara dan budaya tempatan,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here