Sun, 14 Jun 2026
Headlines:
Ahli perniagaan Sarawak nafi, tipu urusan pembelian aksesori emas
Published on: Friday, July 25, 2025
Published on: Fri, Jul 25, 2025
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Ahli perniagaan Sarawak nafi, tipu urusan pembelian aksesori emas
LING (tengah) bersama peguamnya George Ngui (kanan) selepas prosiding mahkamah.
Kota Kinabalu: Seorang ahli perniagaan berusia 40 tahun dari Sarawak mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan menipu seorang lelaki melibatkan kerugian sebanyak RM6,000 berhubung pembelian aksesori emas bagi Baju Istiadat mendapatkan gelaran ‘Datuk’ dari Pahang.

Ling How Ee membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Jason selepas ketiga-tiga pertuduhan dibacakan kepadanya pada Khamis.

Advertisement
Bagi pertuduhan pertama Ling didakwa menipu Dennis Chong Vui Sheng, 30, dengan meminta Chong memindahkan RM2,500 ke akaun bank milik Ling yang kononnya untuk membeli aksesori emas sebagai sebahagian daripada proses mendapatkan gelaran ‘Datuk’ sedangkan Ling sebenarnya tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga dia didakwa menipu Chong dengan meminta Chong memindahkan RM500 dan RM3,000 ke akaun banknya untuk tujuan yang sama.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kesalahan tersebut didakwa berlaku pada 19 April, 20 April dan 17 Mei 2023 di cawangan Bank HSBC di sini.

Ling didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum satu tahun dan maksimum sepuluh tahun, sebat dan denda jika sabit kesalahan.

Advertisement
Mahkamah menetapkan 3 September tahun ini untuk sebutan semula kes dan membenarkan Ling diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan RM3,000 sebagai deposit bersama seorang penjamin tempatan.

Ling juga diperintahkan untuk melapor diri kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setiap dua bulan, menyerahkan pasport antarabangsanya (jika ada) kepada mahkamah dan dilarang mengganggu saksi pendakwaan sehingga kes selesai.

Advertisement
Timbalan Pendakwa Raya SPRM Nurul Izzati Sapifee mewakili pihak pendakwaan manakala peguam George Ngui mewakili Ling.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here