Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Jurulatih selam ditahan berhubung kes pukul, ugut
Published on: Saturday, July 26, 2025
Published on: Sat, Jul 26, 2025
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
 Jurulatih selam ditahan berhubung kes pukul, ugut
TANGKAP layar video pertikaian antara jurulatih selam dan mangsa.
SEMPORNA: Seorang jurulatih selam berusia 38 tahun ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam kes serangan fizikal dan ugutan jenayah membabitkan seorang lelaki warga asing di sini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Semporna, DSP Jaafar Hakim, berkata suspek tempatan itu ditahan selepas pihaknya menerima laporan daripada mangsa berusia 34 tahun, pada Rabu (23 Julai).

Advertisement
“Mangsa mendakwa dia dipukul dan diugut oleh suspek yang juga seorang jurulatih selam,” katanya dalam satu kenyataan.

Siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada pertengkaran semasa aktiviti menyelam di Pulau Timba-Timba pada Selasa, apabila sebuah tangki gas milik mangsa secara tidak sengaja terjatuh dan mencederakan kaki suspek.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Suspek kemudian mendapatkan rawatan di Tawau dan keesokan harinya kembali ke premis syarikat pelancongan untuk bersemuka dengan mangsa serta didakwa menuntut pampasan,” kata Jaafar.

Dalam pertengkaran yang berlaku, suspek didakwa telah memukul dan mengugut untuk mencederakan mangsa.

Advertisement
Kes berkenaan yang kini tular di media sosial disiasat di bawah Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan.

Polis meminta mana-mana saksi kejadian untuk tampil membantu siasatan. Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Sarjan Nurfazlina Abdullah di talian 019-8011009 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna di 089-782020.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here