Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Pil gugur kandungan: Pesalah berulang didenda RM12,000
Published on: Saturday, July 26, 2025
Published on: Sat, Jul 26, 2025
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Pil gugur kandungan: Pesalah berulang didenda RM12,000
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 29 tahun yang mempunyai rekod sabitan lampau kerana menjual produk tidak berdaftar, didenda sejumlah RM12,000 kerana memiliki produk tidak berdaftar yang digunakan untuk tujuan menggugurkan kandungan.

Edrick Agunchai mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Amir Shah Amir Hassan kepada dua pertuduhan terhadapnya.

Advertisement
Bagi pertuduhan pertama, Edrick didenda RM5,000 atau dipenjara lima bulan kerana memiliki 50 tablet Cytotec Misoprostol 200mg yang tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pada jam 2 petang, 27 Oktober 2022 di J&T Express Inanam Taipan, dekat sini.

Bagi pertuduhan kedua, dia diperintah membayar RM7,000 lagi atau dipenjara enam bulan kerana memiliki 86 tablet Cytotec Misoprostol 200mg yang juga tidak berdaftar, pada jam 4.45 petang hari sama di sebuah unit apartmen di Lorong Vista Minintod, Jalan Bundusan, Penampang.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kesalahan itu didakwa mengikut Peraturan 7(1)(a), Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun, atau denda maksimum RM50,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Dalam rayuannya, Edrick yang tidak diwakili, meminta hukuman ringan atas alasan dia hanya orang tengah yang menjual produk tersebut secara dalam talian.

Advertisement
Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa dari Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Lim Lay Peng, memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal demi keselamatan dan kesihatan awam, bukan sahaja sebagai pengajaran kepada tertuduh, tetapi juga sebagai peringatan kepada pihak lain yang mungkin berhasrat melakukan kesalahan sama.

Lim memberitahu mahkamah bahawa Cytotec adalah jenama bagi ubat Misoprostol yang pada asalnya didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah di Malaysia untuk rawatan ulser gastrik dan duodenum.

Advertisement
Namun, katanya, pada November 2016, pendaftaran produk tersebut telah dibatalkan oleh pemegang pendaftaran dan sejak itu, Cytotec diklasifikasikan sebagai produk tidak berdaftar dan dilarang dijual di pasaran Malaysia.

“Selain untuk rawatan ulser, Cytotec turut berfungsi merangsang pengecutan rahim yang kuat, yang boleh menyebabkan keguguran. Kesan ini menjadikannya sering disalahguna sebagai pil gugur oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Selama ini, Misoprostol dikesan dijual secara meluas di pelbagai platform dalam talian. Dalam kes ini, hasil siasatan mendapati Edrick dipercayai individu di sebalik akaun Telegram yang menjual Cytotec secara haram.

“Dia ditahan ketika serbuan dilakukan di sebuah pejabat pos, dengan bungkusan mengandungi tablet Cytotec yang siap untuk dihantar kepada pembeli. Jualan tidak sah ini membahayakan kesihatan awam dan mengancam nyawa wanita hamil,” katanya.

Tambah Lim, tindakan Edrick sama seperti menggalakkan atau memudahkan pengguguran haram kerana dia bukan pengamal perubatan bertauliah dan tidak mempunyai kelayakan mahupun kuasa untuk melakukan prosedur menggugurkan kandungan.

Beliau turut memaklumkan bahawa Edrick adalah pesalah berulang kerana pernah disabitkan kesalahan sama tahun lalu di bawah peraturan sama melibatkan produk sama.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here