Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
77 projek pelancongan bernilai RM72 juta diluluskan di Sabah
Published on: Sunday, July 27, 2025
Published on: Sun, Jul 27, 2025
By: Clarence Dol
Text Size:
Text:
77 projek pelancongan bernilai RM72 juta diluluskan di Sabah
JOSIE menyampaikan cenderamata kepada Khairul.
RANAU: Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) telah meluluskan sebanyak 77 projek pembangunan pelancongan di Sabah dengan nilai keseluruhan melebihi RM72 juta dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Timbalan Menteri Motac Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan berkata antara projek berkenaan termasuklah penambahbaikan kemudahan pelancongan di kawasan Layang-Layang, Gunung Kinabalu.

Advertisement
Katanya empat lagi projek utama sedang dilaksanakan di kawasan Kinabatangan, Lok Kawi, Sipadan dan Manukan.

“Semua ini membuktikan komitmen kerajaan dalam memastikan Sabah berada di barisan hadapan dalam pelancongan mampan sekali gus menyumbang kepada kemajuan ekonomi dan sosial rakyat,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Khairul yang juga Ahli Parlimen Batu Sapi berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penyerahan Projek Penambahbaikan Kemudahan Pelancongan di kawasan Layang-Layang, Gunung Kinabalu yang berlangsung di Pusat Interpretasi, Taman Kinabalu pada Jumaat.

Dalam pada itu beliau memuji usaha Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS) serta Taman-Taman Sabah dalam menjayakan program berkenaan. Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Taman-Taman Sabah atas usaha dan inisiatif sebagai Pengurus Projek kepada projek yang diluluskan di bawah Rolling Plan Keempat, Rancangan Malaysia Ke-11 (RP4, RMK11) dengan kos sebanyak RM13.8 juta.

Advertisement
“Motac juga merakamkan penghargaan kepada pihak kontraktor dan perunding yang komited dalam menyiapkan projek ini.

“Projek ini merupakan bukti komitmen kementerian dalam menjadikan produk pelancongan khususnya ekopelancongan sebagai pemangkin pertumbuhan sosioekonomi yang mampan.

Advertisement
“Ia juga seiring usaha menjadikan Sabah sebagai destinasi utama pelancongan berasaskan kelestarian alam,” katanya.

Khairul percaya projek berkenaan mampu memberi impak besar bukan sahaja kepada rakyat Sabah malah kepada negara terutama menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.

Sementara itu Setiausaha Tetap KePKAS Datuk Josie Lai berkata kementerian melalui Taman-Taman Sabah mengambil inisiatif untuk merancang pembinaan kemudahan restoran dan penginapan di kawasan Layang-Layang.

Selain sebagai tempat berehat dan makan ia juga menjadi alternatif kepada pendaki untuk memanjangkan tempoh persinggahan di kawasan pergunungan.

“Pelaksanaan projek di kawasan Gunung Kinabalu berbeza dengan projek pembangunan lain kerana lokasinya yang tinggi dan sensitif alam sekitar serta diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco.

“Kedudukan geografi yang mencabar memerlukan perancangan logistik yang teliti - misalnya bahan binaan perlu dibawa secara manual oleh porter, penggunaan kaedah pembinaan impak rendah serta pematuhan ketat kepada garis panduan pemuliharaan biodiversiti dan peraturan taman,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here