Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Dua lelaki maut nahas di Ranau, Kuala Penyu
Published on: Tuesday, July 29, 2025
Published on: Tue, Jul 29, 2025
By: Clarence Dol, Ahmad Apong
Text Size:
Text:
Dua lelaki maut nahas di Ranau, Kuala Penyu
ANGGOTA bomba memeriksa Perodua Kancil di Ranau.
RANAU: Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas Perodua Kancil yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori yang membawa muatan buah kelapa sawit di Kilometer 45, Jalan Ranau-Telupid pada Ahad.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ranau, Rantey Fred berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 1.15 petang.

Advertisement
Dalam insiden itu, mangsa yang memandu Perodua Kancil tersebut, Sylvester Pius Gulmit, 42, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Paginatan.

Seorang penumpang lelaki berusia 18 tahun pula mengalami kecederaan ringan dengan kesan calar dan luka pada badan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kereta mangsa dalam perjalanan dari Telupid ke Pekan Ranau apabila kejadian itu berlaku.

“Kami menerima panggilan kecemasan pada jam 1.07 petang dan pasukan penyelamat tiba di lokasi sejauh 45 kilometer pada jam 1.54 petang.

Advertisement
“Siasatan awal mendapati kereta mangsa dipercayai memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori dari arah berlawanan,” katanya.

Menurut Rantey, kedua-dua mangsa dihantar ke Klinik Paginatan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba. Pemandu lori pula tidak berada di tempat kejadian.

Advertisement
“Anggota bomba bertindak memutuskan sambungan kabel bateri bagi mengelakkan risiko kebakaran,” katanya.

Keadaan motosikal mangsa Kuala Penyu.Dalam kejadian berasingan di KUALA PENYU, seorang lelaki berusia 41 tahun maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah Toyota Hilux dalam nahas membabitkan tiga kenderaan pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kuala Penyu, Supt Wong Leong Ming berkata, siasatan awal mendapati kenderaan pacuan empat roda itu telah memasuki laluan bertentangan sebelum melanggar motosikal mangsa dan bergesel dengan sebuah lagi kenderaan yang datang dari arah bertentangan.

“Penunggang motosikal itu tercampak dari kenderaannya dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas kesihatan,” katanya sambil memaklumkan bahawa mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Penyu untuk tindakan lanjut.

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati, mematuhi undang-undang jalan raya dan memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik sebelum digunakan.

“Periksa tayar, brek dan lampu isyarat terlebih dahulu. Jika terdapat sebarang masalah, elakkan daripada menggunakan kenderaan itu kerana ia boleh mengundang kemalangan,” katanya.

Wong turut menyeru pemandu agar memandu secara bertanggungjawab dan menghormati nyawa pengguna jalan raya yang lain.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here