Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Kerjasama BN-PH bukan sebab terdesak: Umno
Published on: Tuesday, July 29, 2025
Published on: Tue, Jul 29, 2025
By: Abbey Junior
Text Size:
Text:
Kerjasama BN-PH bukan sebab terdesak: Umno
Menurut Suhaimi, kerjasama antara BN dan PH bukanlah “talian hayat politik” bagi mana-mana parti, sebaliknya hasil perbincangan teliti ke arah membentuk kerajaan yang stabil dan inklusif.
Kota Kinabalu: Kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) di Sabah bukanlah reaksi terdesak terhadap sebarang krisis politik, sebaliknya satu langkah strategik untuk memastikan kestabilan jangka panjang di negeri ini, kata Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir.

“Politik bukan soal siapa yang saling memuji hari ini, tetapi siapa yang benar-benar mempunyai kapasiti untuk memimpin Sabah ke hadapan,” kata Suhaimi yang juga Ketua Penerangan Umno Sabah.

Advertisement
Beliau pengumuman Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor, pada Sabtu, yang menyatakan GRS akan bekerjasama dengan PH bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) akan datang.

Menurut Suhaimi, kerjasama antara BN dan PH bukanlah “talian hayat politik” bagi mana-mana parti, sebaliknya hasil perbincangan teliti ke arah membentuk kerajaan yang stabil dan inklusif.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“BN Sabah bukan pelengkap kepada mana-mana gabungan politik. Kami bukan pilihan kedua. Kami pasukan yang bersedia memimpin negeri ini, dengan pengalaman terbukti, struktur organisasi kukuh dan kapasiti nyata,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menambah, rundingan politik yang sedang berjalan antara BN Sabah dan PH adalah sebahagian daripada persiapan menghadapi pilihan raya, dan bukannya didorong oleh kepentingan peribadi atau partisan.

Advertisement
“Sejak awal lagi, BN Sabah konsisten menekankan keperluan untuk membentuk sebuah kerajaan yang benar-benar stabil, inklusif dan berfokus kepada rakyat – bukan yang bergantung kepada susunan sementara atau percaturan politik,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here