Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Hentikan segera budaya ‘junior takut senior’ 
Published on: Tuesday, July 29, 2025
Published on: Tue, Jul 29, 2025
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Hentikan segera budaya ‘junior takut senior’ 
Menurut Ahmad Dullah, kes terbabit mencerminkan kegagalan sistem perlindungan pelajar di asrama dan menimbulkan persoalan besar mengenai keselamatan serta tanggungjawab pihak sekolah.
KALABAKAN: Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah Ahmad Dullah menggesa agar budaya ‘junior takut senior’ yang dinormalisasikan sebagai ‘adat asrama’ dihentikan segera.

Menurutnya ‘adat’ berkenaan kebanyakkan berlaku di asrama sekolah di negara ini dilihat menjurus kepada insiden buli melampau dalam kalangan pelajar sekiranya tiada perhatian serius pihak pentadbir institusi pendidikan.

Advertisement
“Kematian tragis Zara Qairina Mahathir yang dilaporkan terjatuh daripada tingkat tiga sebuah sekolah agama di Papar pada 17 Julai lalu dan dipercayai menjadi mangsa buli perlu diambil iktibar oleh semua pihak.

“Oleh itu saya menggesa satu siasatan bebas dan telus dijalankan dalam kes berkenaan yang sehingga kini perkembangan siasatan masih menjadi tanda tanya ramai pihak.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kejadian tersebut bukan sekadar insiden biasa sebaliknya diselubungi dakwaan membimbangkan bahawa mangsa dibuli berulang kali dan mengalami tekanan emosi akibat gangguan oleh seorang pelajar senior dikenali sebagai ‘Kak Wana’,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurutnya kes terbabit mencerminkan kegagalan sistem perlindungan pelajar di asrama dan menimbulkan persoalan besar mengenai keselamatan serta tanggungjawab pihak sekolah.

Advertisement
Dalam kenyataan sama PAS Sabah turut mencadangkan beberapa tuntutan tegas agar tragedi seumpama tidak berulang termasuk audit keselamatan menyeluruh di semua sekolah berasrama penuh terutamanya asrama sekolah agama.

“Ini termasuklah melaksanakan Kod Perlindungan Kanak-Kanak KPM secara dengan sistem pelaporan yang telus dan pihak berwajib perlu mengenakan tindakan sewajarnya.

Advertisement
“Tindakan itu dikenakan terhadap mana-mana pelajar, warden atau pihak sekolah yang cuai atau melindungi pembuli serta siasatan hendaklah bebas,”jelasnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here