Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
‘Tidak adil individu umur 30 tahun dominasi jawatan belia’
Published on: Tuesday, July 29, 2025
Published on: Tue, Jul 29, 2025
By: Jonathan Nicholas
Text Size:
Text:
‘Tidak adil individu umur 30 tahun dominasi jawatan belia’
Dalam pada itu Hannah memaklumkan lebih 900 pertubuhan belia di seluruh negara termasuk di Sabah.
Kota Kinabalu: Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menyatakan pertubuhan di bawah Majlis Belia Sabah (MBS) dikecualikan daripada mengikuti takrifan baharu belia sebagai individu berumur antara 15 hingga 30 tahun berbanding had umur sehingga 40 tahun sebelum ini.

Hannah berkata ia susulan pindaan di bawah Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2019 (Akta 668). 

Advertisement
“Walaupun telah diluluskan enam tahun lalu penguatkuasaannya ditangguhkan dua kali dan kini dijadualkan berkuat kuasa pada 1 Januari 2026.

“Akta ini terpakai kepada pertubuhan yang berdaftar di bawah Pendaftar Belia (ROY) namun tidak terpakai kepada badan-badan di bawah Pendaftar Pertubuhan (ROS) seperti MBS dan Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak. Badan-badan ini tidak tertakluk kepada had umur sekali gus membolehkan pemimpin mereka kekal memegang jawatan walaupun sudah melebihi usia 30an.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Walaupun badan di bawah ROS dikecualikan saya mencadangkan agar pemimpin berumur lebih 30 tahun yang ingin terus menyumbang supaya menubuhkan persatuan alumni sebagai alternatif.

“Kelewatan dalam menguatkuasakan had umur belia yang dipinda akan menyebabkan golongan berumur 30an dan 40an terus mendominasi pertubuhan belia dan menyekat suara golongan muda.

Advertisement
“Kalau kita tak pinda, yang berumur lebih 30 tahun akan terus memegang jawatan. Jadi bila ada persidangan atau acara yang perlukan wakil belia, orang yang pergi adalah yang berumur 30 hingga 40 tahun. Maka naratif sama akan berulang — bahawa orang muda belum bersedia,” katanya.

Mengulas lanjut Hannah menjelaskan sesiapa sahaja masih boleh berkhidmat untuk belia dan tiada halangan untuk menjadi mentor atau penasihat. 

Advertisement
Bagaimana katanya kelab belia adalah untuk golongan belia dan kepimpinan mereka mesti mencerminkan hakikat itu.

“Ia satu situasi ‘telur dan ayam’. Kalau kita tak beri ruang macam mana mereka nak buktikan kemampuan?

“Generasi lebih tua perlu belajar untuk berundur. Jika tidak anak muda akan terus diberitahu bahawa mereka belum bersedia,” ujarnya.

Dalam pada itu Hannah memaklumkan lebih 900 pertubuhan belia di seluruh negara termasuk di Sabah.

Menurut beliau kesemua pertubuhan belia berkenaan sudah meminda perlembagaan masing-masing bagi mencerminkan takrifan baharu umur belia.

Sementara itu beliau yakin jumlah itu akan terus meningkat dengan adanya latihan dan sokongan yang disediakan oleh kementeriannya.

“Kalau kita tak buat sekarang, kita akan ketinggalan. Negara lain sudah pun menghantar wakil belia dalam lingkungan usia 20an ke platform antarabangsa.

“Kita tak boleh hantar orang berumur 40 tahun dan masih menggelar mereka sebagai belia. Ini soal membuka ruang kepimpinan kepada generasi muda hari ini dan bukannya terus memegang jawatan yang sepatutnya untuk generasi yang telah dewasa,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here