Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Polis didakwa miliki air ketum
Published on: Tuesday, July 29, 2025
Published on: Tue, Jul 29, 2025
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
Polis didakwa miliki air ketum
Dia didakwa mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang membawa hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
LAHAD DATU: Seorang anggota polis berusia 43 tahun didakwa memiliki 191.5 liter air ketum di Mahkamah Sesyen di sini, pada Isnin.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Mohd Nasir Sulaiman selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Suhaila Selag.

Advertisement
Mohd Nasir didakwa memiliki 191.5 liter air ketum di rumah sewanya di Taman CL, Jalan Assam, di sini pada 22 Jun, 2025.

Dia didakwa mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang membawa hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM3,500 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh dan menetapkan 25 Ogos untuk sebutan semula dan perbicaraan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here