Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Semua kecewakan Zara: PAS Sabah. Mendakwa sekolah menghalang keluarga membuat laporan polis
Published on: Wednesday, July 30, 2025
Published on: Wed, Jul 30, 2025
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Semua kecewakan Zara: PAS Sabah. Mendakwa sekolah menghalang keluarga membuat laporan polis
Ahmad berkata, kematian tersebut bukan sekadar insiden kemalangan, sebaliknya diselubungi dakwaan membimbangkan bahawa mangsa dibuli berulang kali dan mengalami tekanan emosi akibat gangguan oleh seorang pelajar senior dikenali sebagai ‘Kak Wana’.
KALABAKAN: Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Ahmad Dullah (gambar) berkata misteri kematian tragis Zara Qairina Mahathir, 13, yang dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga SMK Agama Tun Mustapha di Papar pada 17 Julai lalu dan dipercayai menjadi mangsa buli, perlu bertindak sebagai pembuka mata.

Pelajar itu ditemui tidak sedarkan diri di longkang sekolah itu pada jam 3 pagi tetapi meninggal dunia keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth.

Advertisement
Beliau menggesa satu siasatan bebas dan telus dijalankan dalam kes berkenaan yang sehingga kini perkembangan siasatan masih menjadi tanda tanya ramai pihak.

Ahmad berkata, kematian tersebut bukan sekadar insiden kemalangan, sebaliknya diselubungi dakwaan membimbangkan bahawa mangsa dibuli berulang kali dan mengalami tekanan emosi akibat gangguan oleh seorang pelajar senior dikenali sebagai ‘Kak Wana’.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Malam sebelum kejadian, Zara sempat meluahkan perasaan kepada keluarganya dengan berkata: ‘Zara takut sangat Kak Wana marah…’,” katanya dalam kenyataan.

Ahmad tidak mendedahkan sumber maklumat ini.

Advertisement
Menurutnya, kes itu mencerminkan kegagalan sistem perlindungan pelajar di asrama dan menimbulkan persoalan besar mengenai keselamatan serta tanggungjawab pihak sekolah.

“Apa sebenarnya yang sistem kita abaikan? Tiada CCTV di bangunan asrama, tiada laporan awal kepada polis, malah keluarga mendakwa mereka dihalang daripada membuat laporan dengan alasan pihak sekolah akan ‘uruskan’.

Advertisement
“Lebih mengejutkan, tiada intervensi awal dilakukan meskipun Zara (mangsa) sering mengadu mengenai tekanan yang dialaminya. Ini adalah kegagalan struktur, bukan sekadar isu disiplin,” tegasnya.

Ahmad juga menggesa agar budaya ‘junior takut senior’ yang dinormalisasikan sebagai ‘adat asrama’ dihentikan segera.

Menurutnya, ‘adat’ berkenaan yang kebanyakannya berlaku di asrama sekolah-sekolah di negara ini, dilihat menjurus kepada insiden buli melampau dalam kalangan pelajar sekiranya tidak diambil perhatian serius pihak pentadbir institusi pendidikan.

Beliau merujuk kajian Universiti Malaya (UM) pada 2023 yang mendapati satu daripada tiga pelajar asrama pernah mengalami buli secara fizikal atau emosi, namun lebih 70 peratus tidak melaporkannya kerana takut dibalas atau dianggap lemah.

Sebagai Panel Penasihat Mahkamah Kanak-Kanak, Ahmad mengingatkan bahawa undang-undang sedia ada memberi perlindungan jelas terhadap kanak-kanak.

“Seksyen 17 Akta Kanak-Kanak 2001 menyatakan kanak-kanak berhak hidup dalam persekitaran yang selamat dan bebas daripada penganiayaan.

“Jika wujud unsur buli melampau, pelaku boleh disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan (mendatangkan cedera) atau Seksyen 506 (ugut jenayah), manakala pihak sekolah sebagai penjaga berdaftar juga boleh dikenakan tindakan sivil atas kecuaian,” katanya.

PAS Sabah mencadangkan beberapa tuntutan tegas agar tragedi seumpama tidak berulang, termasuk audit keselamatan menyeluruh di semua sekolah berasrama penuh, terutamanya asrama agama.

“Ini termasuk melaksanakan Kod Perlindungan Kanak-Kanak KPM secara menyeluruh dengan sistem pelaporan yang telus dan pihak berwajib perlu mengenakan tindakan sewajarnya.

“Tindakan itu dikenakan terhadap mana-mana pelajar, warden atau pihak sekolah yang cuai atau melindungi pembuli serta siasatan hendaklah bebas dan menyeluruh tanpa sebarang cubaan menutup kes dengan alasan menunggu hasil bedah siasat,” jelasnya.

“Kali ini, seorang budak kecil sudah tidak sempat bersuara. Salam takziah kepada keluarga adik Zara. Semoga keadilan ditegakkan dan kebenaran tidak disembunyikan,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here