Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Dua lori balak ditahan di Ranau
Published on: Wednesday, July 30, 2025
Published on: Wed, Jul 30, 2025
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Dua lori balak ditahan di Ranau
Frederick menegaskan JPS sentiasa menjalankan penguatkuasaan bagi memastikan hasil hutan negeri dilindungi dan aktiviti pembalakan dijalankan mengikut undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan. - FOTO Bernama.
SANDAKAN: Jabatan Perhutanan Negeri Sabah dengan kerjasama Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan dua lori dengan muatan balak di Kampung Randagong, Ranau dalam Operasi Khazanah pada jam 1.30 pagi 23 Julai. 

Ketua Konservator Hutan Jabatan Perhutanan Sabah, Datuk Frederick Kugan berkata, kedua-dua lori balak berkenaan ditahan kerana tidak mempunyai pas memindah balak (Removal Pass) dan kebenaran bergerak selepas jam 7 malam - 7 pagi dari Jabatan Perhutanan.

Advertisement
Frederick mengulas sekali gus menepis laporan tular di platform digital mengenai rampasan dua lori dengan muatan balak yang bernilai RM2.68 juta.

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan mendapati kedua-dua lori balak telah mengangkut dan memindahkan 59 batang balak. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Siasatan lanjut oleh Jabatan Perhutanan Sabah mengesahkan semua balak merupakan keluaran dari lesen membalak Borang I pelesen Sabah Energy Corporation Sdn Bhd di daerah Sipitang dan semua bayaran royalti berjumlah RM4,732.70 telah dijelaskan kepada Kerajaan Negeri. 

“Merujuk harga pasaran pemprosesan kayu kayan domestik, JPS mengesahkan nilai komersial semua balak dianggarkan berjumlah RM 31,600,” katanya dalam kenyataan.

Advertisement
Beliau berkata syarikat berkaitan kerajaan (GLC) terbabit dikenakan denda RM1,600 kerana kesalahan memindahkan balak tanpa permit dan tidak memiliki kebenaran bergerak pada waktu yang ditetapkan. 

Frederick menegaskan JPS sentiasa menjalankan penguatkuasaan bagi memastikan hasil hutan negeri dilindungi dan aktiviti pembalakan dijalankan mengikut undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here