Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Catuan elektrik 1-7 Ogos, Sabah Electricity harap Petronas tangguh kerja
Published on: Thursday, July 31, 2025
Published on: Thu, Jul 31, 2025
By: Nora Ahmad
Text Size:
Text:
Catuan elektrik 1-7 Ogos, Sabah Electricity harap Petronas tangguh kerja
Datuk Ir Ts Mohd Yaakob Jaafar dalam sidang akhbar di pejabat Sabah Electricity di Kota Kinabalu.
Kota Kinabalu: Sabah Electricity (SE) berharap Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dapat menangguhkan kerja penyelenggaraan berjadual di Terminal Minyak dan Gas Sabah (SOGT), bagi mengelak pelaksanaan catuan elektrik berskala besar yang dijangka akan menjejaskan sekitar 600,000 pengguna domestik di Sabah dan Labuan.

Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Electricity, Datuk Ir Ts Mohd Yaakob Jaafar (gambar) berkata, catuan itu akan dilaksanakan selama tujuh hari bermula Jumaat ini hingga 7 Ogos secara bergilir di seluruh negeri dan Labuan.

Advertisement
“Pada awalnya kita nampak tidak akan berlaku sebarang gangguan bekalan elektrik kerana kita telah pun berbincang dengan Petronas dan Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) sejak awal tahun lagi.

“Perancangan itu dilihat mampu melalui tempoh ini dengan menggunakan diesel, tetapi dari maklumat yang kita terima semalam, ia tidak dapat beroperasi menggunakan bahan api alternatif dan ini sekali gus akan menyebabkan kehilangan kapasiti penjanaan sebanyak 195 Megawatt (MW) dari sistem grid Sabah untuk tempoh tujuh hari,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar di pejabat Sabah Electricity di sini, pada Rabu.

Mohd Yaakob berkata, susulan daripada itu perbincangan akan dilakukan bersama Petronas pada petang Rabu, supaya cadangan penangguhan itu dapat dilakukan sehingga kapasiti penjanaan kembali stabil.

Advertisement
“Langkah ini perlu diambil dan amat penting dalam mengekalkan kestabilan serta integriti sistem tenaga elektrik Sabah. 

“Kalau dapat ditangguhkan, kerja penyelenggaraan ini akan memberikan sedikit kelegaan kepada rakyat Sabah.

Advertisement
“Ini kerana catuan tersebut akan memberi kesan kepada pengguna di seluruh Sabah dan Labuan bagi tempoh tersebut, khususnya pada waktu puncak sekitar jam 10 pagi hingga 10 malam dan catuan ini akan berlaku selama satu hingga dua jam secara bergilir,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, Sabah Electricity akan bekerjasama rapat dengan semua pihak, khususnya loji IPP, ECoS dan pihak berkepentingan, untuk sentiasa memantau situasi dan melaksanakan tindakan yang perlu bagi meminimumkan sebarang gangguan bekalan elektrik kepada pengguna.

“Orang ramai boleh mendapatkan maklumat mengenai lokasi dan masa catuan bekalan melalui Facebook Sabah Electricity dan aplikasi Sabah Electricity,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here