Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
940 operasi Imigresen dijalankan di Sabah setakat ini
Published on: Thursday, July 31, 2025
Published on: Thu, Jul 31, 2025
By: Marutin Ansiung
Text Size:
Text:
940 operasi Imigresen dijalankan di Sabah setakat ini
ANTARA PTI yang ditahan dalam operasi itu.
KENINGAU: Sebanyak 940 operasi penguatkuasaan membabitkan telah dijalankan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah di seluruh negeri dari Januari hingga 28 Julai lalu (Selasa), kata Pengarahnya Datuk Sharifah Sitti Saleha Habib Yusoff.

Beliau berkata sepanjang tempoh sama seramai 17,410 individu diperiksa, membabitkan warga asing dari Filipina, Indonesia dan pelbagai kewarganegaraan lain yang tinggal dan bekerja di Sabah.

Advertisement
“Daripada jumlah itu, 3,536 orang ditangkap atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, antaranya tidak memiliki dokumen sah, menyalahgunakan pas lawatan, serta tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan.

“Turut diambil tindakan ialah 85 majikan, yang dikenakan pertuduhan kerana menggaji atau melindungi warga asing tanpa permit kerja yang sah satu kesalahan serius di bawah undang-undang negara.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Tindakan tegas terhadap majikan merupakan antara fokus utama jabatan bagi mengekang kecenderungan menggaji PTI yang menjejaskan peluang pekerjaan rakyat tempatan,” katanya dalam sidang media selepas operasi penguatkuasaan yang dilaksanakan di sekitar daerah ini oleh JIM, awal pagi Selasa.

Berhubung operasi di Keningau itu, katanya, seramai 141 pendatang tanpa Izin (PTI) ditahan dengan 78 daripadanya merupakan warganegara Filipina dan 63 lagi dari Indonesia kerana melakukan pelbagai kesalahan antaranya tiada dokumen pengenalan diri sah di bawah Seksyen 6(1)(c) dan tinggal lebih masa di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Advertisement
Menurutnya, daripada jumlah itu seramai 44 orang adalah wanita dewasa, 26 lelaki dewasa, manakala selebihnya melibatkan kanak-kanak lelaki da perempuan.

“Operasi yang bermula sekitar jam 12.30 tengah malam dan berakhir jam 4 pagi ini membabitkan serbuan ke atas dua penempatan iaitu setinggan Balilingi dan Bulu Silou yang disyaki didiami warga asing sejak sekian lama.

Advertisement
“Seramai 216 orang diperiksa dengan kekuatan seramai 84 anggota, termasuk pegawai dari Pejabat Imigresen Keningau, Tenom, Ranau, Sipitang dan Kota Kinabalu, serta dibantu Rela Daerah Keningau,” katanya, dan menambah, kesemua yang ditahan kini ditempatkan di Depot Tahanan Papar untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, beliau berkata, JIM Sabah berharap proses pengeluaran dokumen perjalanan sementara kepada warga asing yang ditahan dapat disegerakan oleh pihak kedutaan masing-masing.

Katanya, ia melibatkan pengeluaran Sijil Perjalanan Laksana Pasport (SPLP) bagi warganegara Indonesia dan Travel Document bagi rakyat Filipina, yang merupakan keperluan utama dalam proses penghantaran pulang PTI ke negara asal mereka.

“Ini kerana mereka telah berada di depoh selama tiga hingga empat bulan menunggu dokumen menunggu travel dokumen dan SPLP.

“Sekiranya pihak kedutaan pihak konsul mengeluarkan dokumen-dokumen ini maka tahanan ini akan segera dipindahkan negara asal mereka,” katanya.

Menurutnya, kelewatan dalam proses pengesahan identiti dan pengeluaran dokumen ini boleh menyebabkan lambakan tahanan sekali gus memberi tekanan kepada kapasiti dan pengurusan depoh.

Jelasnya lagi, setakat 28 Julai lalu, jabatan itu telah melaksanakan 100 sesi pemindahan PTI dengan 6,329 orang sudah dihantar pulang melalui udara dan laut.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here