Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
RMK13 selaras dengan Halatuju Sabah Maju Jaya: Hajiji
Published on: Friday, August 01, 2025
Published on: Fri, Aug 01, 2025
Text Size:
Text:
RMK13 selaras dengan Halatuju Sabah Maju Jaya: Hajiji
“Ia juga jelas mencerminkan sokongan Kerajaan Persekutuan kepada Sabah di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim,” kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri menyambut baik program pembangunan dan peruntukan untuk Sabah di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), yang selaras dengan pelan pembangunan negeri Halatuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

“Ia juga jelas mencerminkan sokongan Kerajaan Persekutuan kepada Sabah di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim,” kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Advertisement
Beliau turut berpuas hati apabila beberapa projek berimpak tinggi yang dicadangkan oleh Kerajaan Negeri telah dimasukkan dalam RMK13.

Antara projek pembangunan yang dicadangkan termasuklah perluasan utiliti kritikal (air, kumbahan, pemindahan), infrastruktur strategik (jalan raya, tebatan banjir, kesihatan) serta hab Ekonomi Biru.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Di bawah RMK13, Kerajaan Persekutuan juga akan memberi keutamaan kepada rangkaian jalan Sabah-Sarawak-Kalimantan yang sejajar dengan pemindahan ibu negara Indonesia ke Nusantara di Kalimantan Timur, katanya.

Turut diberi penekanan ialah strategi pembasmian kemiskinan secara intensif serta sokongan terhadap transformasi digital dan daya tahan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Advertisement
“Kerajaan Negeri pada masa ini telah merangka pelan untuk memastikan Sabah terus maju ke hadapan,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here