Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
26 rumah musnah terbakar di Tawau
Published on: Saturday, August 02, 2025
Published on: Sat, Aug 02, 2025
By: Amir Anuar
Text Size:
Text:
26 rumah musnah terbakar di Tawau
ANGGOTA bomba sedang memadamkan kebakaran itu.
TAWAU: Sebanyak 26 rumah di Kampung Kurnia Jaya, Batu 4 Jalan Apas di sini musnah terbakar dalam kejadian yang dipercayai berlaku sekitar jam 9.30 pagi pada Jumaat. 

Sebuah motosikal turut dilaporkan hangus, namun tindakan pantas bomba memadam api berhasil menyelamatkan 1,300 rumah lagi daripada turut terkesan.

Advertisement
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana semua penghuni sempat menyelamatkan diri sebelum api merebak memusnahkan kediaman mereka.

Kejadian itu berlaku kurang seminggu dari insiden serupa di Kampung Cempaka yang turut terletak di kawasan Batu 4 Jalan Apas berhampiran Kampung Kurnia Jaya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kebakaran pada 26 Julai itu menyaksikan lima rumah musnah, tiga mengalami kerosakan dan dua terpaksa dirobohkan untuk menghalang api daripada merebak.

Dalam insiden di Kampung Kurnia Jaya kali ini, panggilan kecemasan MERS999 diterima Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah pada jam 9:37 pagi. 

Advertisement
Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau dikerahkan ke lokasi kejadian dan tiba pada jam 9:48 pagi untuk mengawal dan memadam kebakaran.

Operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan I Jehrey Ibno dan disertai 39 anggota bomba BBP Tawau itu turut dibantu tujuh anggota pasukan Bomba Komuniti Kampung Titingan.

Advertisement
Usaha memadam kebakaran menghadapi cabaran apabila api terlalu cepat merebak berikutan semua struktur rumah terlibat didirikan berasaskan bahan binaan kayu. Pihak bomba menggerakkan strategi pemadaman secara ofensif dan defensif dalam usaha mengawal api daripada terus marak dan merebak ke bangunan berdekatan.

Kaedah satu aliran 300 kaki digunakan dengan satu pancutan dari pam angkut melibatkan sumber air laut, serta dua aliran 200 kaki dua pancutan bersumberkan air jentera bomba. 

Kebakaran dikawal sepenuhnya pada jam 10.14 pagi dan operasi ditamatkan kira-kira sejam 30 minit kemudian selepas pasukan memastikan tiada bahaya lain di lokasi.

Selain bomba, operasi turut dibantu Polis Diraja Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Sabah Electricity Sdn Bhd. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here